Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2017

Seksyen 3

Pemakaian

(a)

syarikat yang layak yang memenuhi syarat yang berikut:

(i)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(ii)

yang melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan dengan mematuhi

Akta Penyelarasan Industri 1975 [Akta 156];

(iii)

yang memegang suatu lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan;

(iv)

yang telah menjalankan projek yang layak bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh enam bulan;

(v)

yang telah melakukan perbelanjaan modal yang layak—

berhubung dengan syarikat yang layak yang menjalankan projek yang layak yang berhubungan dengan getah, plastik, kayu, perabot dan tekstil, dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2015 hingga tahun taksiran 2017; atau berhubung dengan syarikat yang layak yang menjalankan projek yang layak selain yang dinyatakan dalam subsubsubperenggan (A) sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri, dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2015 hingga tahun taksiran 2020; dan

(vi)

yang telah membuat permohonan untuk pengecualian cukai pendapatan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

P.U. (A) 253 4

yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397]—

berhubung dengan syarikat yang layak yang disebut dalam subsubsubperenggan (v)(A), pada atau selepas 1

Januari 2015

tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2017; atau berhubung dengan syarikat yang layak yang disebut dalam subsubsubperenggan

(v)

(B)

, pada atau selepas 1

Januari 2015

tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020; dan

(b)

kelengkapan automasi yang telah diperakui oleh Ketua Pengarah

Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia sebagai mengguna pakai teknologi yang lebih maju daripada teknologi semasa yang digunakan oleh syarikat yang layak.

Pengecualian