Skip to content

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 8) 2017

P.U. (A)In forceProvision 2 of 8
Seksyen 2

“kelengkapan automasi” ertinya apa-apa loji atau jentera yang digunakan secara langsung dalam projek yang layak yang mengguna pakai teknologi yang lebih maju daripada teknologi semasa yang digunakan oleh syarikat yang layak;

“perbelanjaan modal yang layak” ertinya suatu perbelanjaan modal yang berhubungan dengan kelengkapan automasi yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi tujuan menjalankan suatu projek yang layak;

“projek yang layak” ertinya projek yang diusahakan oleh suatu syarikat yang layak untuk memodenkan atau mengautomasikan aktiviti pengilangannya yang sedia ada bagi sesuatu produk;

“syarikat yang layak” ertinya syarikat yang disebut dalam perenggan 3(a).

P.U. (A) 253 3

Pemakaian