Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu projek yang layak yang bersamaan dengan amaun elaun sebagaimana yang ditentukan dalam subperenggan (3).
(2)
Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada syarikat yang layak mematuhi semua syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.
(3)
Amaun elaun yang disebut dalam subperenggan
(1)
ialah seratus peratus amaun elaun yang layak bagi syarikat yang layak itu di bawah kaedah 5 dan 6 Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat)
(Kelengkapan Automasi) 2017 [P.U. (A) 252/2017].
P.U. (A) 253 5
(4)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
Pendapatan berkanun