Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 9) 2018.
/akn/my/act/pua/2018/388
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2018 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 388 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 9) 2018.
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4;
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan tanpa modal syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
“syarikat baharu” ertinya suatu syarikat yang layak yang belum menjalankan suatu aktiviti yang layak sebelum memohon untuk pengecualian di bawah subperenggan 5(3);
“syarikat sedia ada” ertinya suatu syarikat yang layak yang menjalankan suatu aktiviti yang layak sebelum memohon untuk pengecualian di bawah subperenggan 5(3);
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3.
3
Syarikat yang layak
Syarikat yang layak yang disebut di bawah Perintah ini adalah suatu syarikat baharu atau syarikat sedia ada yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia, yang—
menjalankan aktiviti yang layak berhubung dengan teknologi hijau yang diluluskan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi maksud perniagaannya;
mempunyai sekurang-kurangnya lima pekerja sepenuh masa di Malaysia bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Malaysia sebagaimana yang diluluskan untuk menjalankan aktiviti yang layak bagi maksud perniagaannya dan perbelanjaan itu hendaklah termasuk perkhidmatan tempatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan tempatan.
Bagi maksud perenggan ini—
“dasar hijau” ertinya suatu pernyataan mengenai komitmen terhadap kelestarian dan pengurusan persekitaran oleh suatu syarikat yang layak;
“pekerja kompeten” ertinya orang yang memegang perakuan kebolehan sebagai penyedia perkhidmatan dalam teknologi hijau; dan 4
“penyedia perkhidmatan tempatan” ertinya orang yang bermastautin di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berhubung dengan insurans, perundangan, perbankan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan pengangkutan.
Aktiviti yang layak
Suatu aktiviti yang layak yang disebut di bawah Perintah ini ialah suatu aktiviti yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual berhubung dengan sektor yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual yang telah mendapat pengesahan tahunan daripada Perbadanan
meminimumkan degradasi persekitaran atau mengurangkan pengeluaran kesan rumah hijau;
menjimatkan penggunaan tenaga, air dan bentuk sumber semula jadi yang lain atau mempromosikan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui atau kemampuan untuk mengitar semula sumber bahan buangan.
Pengecualian
Teknologi Hijau Malaysia dan hasil aktiviti dalam—
Tertakluk kepada perenggan 6 dan 7, Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak bagi tempoh lima tahun atau sehingga tahun taksiran 2020 mengikut mana yang lebih awal (selepas ini disebut sebagai “tempoh pengecualian”).
Tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) berhubung dengan—
suatu syarikat baharu, hendaklah bermula daripada tahun taksiran di mana tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak
5
yang dikeluarkan oleh syarikat yang layak dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari 1 Januari 2018; atau
suatu syarikat sedia ada, hendaklah bermula daripada tahun taksiran di mana tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak yang dikeluarkan oleh syarikat yang layak dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh permohonan untuk pengecualian diterima oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2018 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada syarikat yang layak mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu.
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
Pendapatan harta intelek tidak diambil kira
Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1), pendapatan harta intelek yang berikut yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak syarikat yang layak hendaklah tidak diambil kira:
royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2018 tetapi sebelum 1 Julai 2021 daripada hak harta intelek yang baharu yang dimiliki oleh syarikat yang layak; dan 6
royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2021 daripada semua hak harta intelek yang dimiliki oleh syarikat yang layak.
Bagi maksud subperenggan (1)—
suatu syarikat yang layak memiliki hak harta intelek jika syarikat yang layak itu adalah pemilik atau pemegang lesen hak itu;
royalti atau pendapatan lain diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak itu;
“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, inovasi dan penemuan utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, proses atau formula dan pengetahuan rahsia, petunjuk geografi dan pemberian perlindungan suatu varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada berdaftar atau boleh daftar; dan
“hak harta intelek yang baharu” ertinya hak harta intelek yang berkaitan dengan aktiviti yang layak syarikat yang layak yang—
menjadi milik syarikat yang layak pada atau selepas 1 Julai 2018;
atau
menjadi milik syarikat yang layak selepas 16 Oktober 2017 tetapi sebelum 1 Julai 2018 akibat perolehan oleh syarikat yang layak, secara langsung atau tidak langsung, daripada syarikat berkaitan.
Bagi maksud perenggan subsubsubperenggan (2)(d)(ii), "syarikat berkaitan"
mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1)
Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].
7
Apa-apa pendapatan harta intelek yang tidak di ambil kira dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.
Pendapatan berkanun
Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
Jika suatu aset digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain suatu aktiviti yang layak, maka amaun elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu.
Jika pengecualian diberikan kepada syarikat yang layak di bawah subperenggan 5(1) bagi suatu tahun taksiran, pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak syarikat itu bagi tahun taksiran itu hendaklah dikecualikan daripada cukai.
Amaun pendapatan berkanun yang ditentukan di bawah subperenggan (1)
hendaklah dikurangkan dengan—
pertama, kerugian larasan tahun semasa daripada suatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti selain daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah
Akta
Penggalakan
Pelaburan 1986, atau daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana yang berkenaan; dan
seterusnya, apa-apa kerugian larasan tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana yang berkenaan.
8
Sebanyak mana kerugian larasan yang disebut dalam subsubperenggan (4)(a) and (b) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak untuk suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2)
dan 44(2)
Akta dan seksyen 21A
Akta Penggalakan Pelaburan 1986, mengikut mana yang berkenaan, dalam menentukan pendapatan perniagaan selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis dan aktiviti yang layak di bawah Perintah ini.
Walau apa pun subperenggan (2), apa-apa amaun kerugian larasan tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada aktiviti yang layak yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tempoh pengecualian yang disebut dalam subsubperenggan (4)(b), hendaklah sedia untuk mengurangkan jumlah pendapatan syarikat mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas berikutan berakhirnya tempoh pengecualian bagi tahun taksiran itu dan mana-mana tahun taksiran berikutnya.
Penarikan balik pengecualian
Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) sekiranya syarikat yang layak gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.
Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1), pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 5(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu dari tahun pertama tempoh yang disebut dalam subperenggan 5(2).
Penyerahan pengecualian
Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan dengan pengecualian, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini melalui notis bertulis kepada Menteri melalui
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
9
Penyerahan pengecualian itu hendaklah berkuat kuasa—
pada tarikh permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh
Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; atau
pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Punca berasingan dan akaun berasingan
Jika syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca berasingan dan berlainan bagi aktiviti itu.
Syarikat yang layak yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 5(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).
Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(b)
telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986
berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama;
(c)
telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b)
atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; atau 10
(d)
telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
(i)
kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta;
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai)
2014 [P.U. (A) 336/2014].
JADUAL
(1)
(2)
Sektor
(3)
Aktiviti yang layak 1.
Tenaga boleh diperbaharui
Perkhidmatan yang berhubungan dengan projek tenaga boleh diperbaharui seperti reka bentuk sistem dan kajian kebolehlaksanaan, nasihat dan runding, pengujian dan pentauliahan 2.
Kecekapan tenaga
Perkhidmatan yang berhubungan dengan kecekapan tenaga seperti nasihat dan runding, audit tenaga dan pengurusan, pengukuran dan pengesahan, pengujian dan pentauliahan 3.
Kenderaan elektrik
Perkhidmatan yang berhubungan dengan pemasangan, penyenggaraan dan membaiki alat pengecas
11
(1)
(2)
Sektor
(3)
Aktiviti yang layak kenderaan elektrik, infrastruktur dan stesen pengecas kenderaan elektrik
Perkhidmatan yang berhubungan dengan operasi stesen pengecas kenderaan elektrik
Perkhidmatan yang berhubungan dengan penyenggaraan, membaiki dan baik pulih kenderaan elektrik 4.
Bangunan hijau
Perkhidmatan yang berhubungan dengan pengujian dan pentauliahan kelengkapan dan sistem bangunan hijau, dan perkhimatan yang berhubungan dengan reka bentuk bangunan hijau dan perkhidmatan runding 5.
Pusat data hijau
Perkhidmatan yang berhubungan dengan reka bentuk sistem dan kajian kemungkinan, nasihat dan runding, pengujian dan pentauliahan pusat data hijau atau infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi 6.
Pensijilan dan pengesahan hijau
Perkhidmatan yang berhubungan dengan pensijilan hijau produk, kelengkapan dan bangunan
12
(1)
(2)
Sektor
(3)
Aktiviti yang layak 7.
Perbandaran hijau
Perkhidmatan yang berhubungan dengan nasihat dan runding, reka bentuk dan kajian kemungkinan terhadap bandar hijau dan perancangan bandar berkarbon rendah
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
Dibuat 31 Disember 2018
[Per; LHDN.01/35/(S)/42/51/231-33; PN(PU2)80/XCII]
DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan
13
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 9) ORDER 2018
IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b)
of the
Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order:
Citation and commencement 1.
This order may be cited as the Income Tax (Exemption) (No. 9)
Order 2018.
This Order has effect from the year of assessment 2018.
Interpretation 2.
In this Order—
“qualifying activity” means an activity as provided under paragraph 4;
“Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment
Development Authority established under the Malaysian Investment Development
Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397];
“Malaysian Green Technology Corporation” means a company limited by guarantee without share capital incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777];
“new company” means a qualifying company which has not carried out a qualifying activity prior to applying for an exemption under subparagraph 5(3);
“existing company” means a qualifying company which carries on a qualifying activity prior to applying for an exemption under subparagraph 5(3);
“qualifying company” means a company as provided under paragraph 3.
14
Qualifying company 3.
(1)
A qualifying company referred to in this Order is a new company or an existing company incorporated under the Companies Act 2016 and resides in Malaysia, which—
(a)
carries on a qualifying activity in relation to green technology approved by the Malaysian Green Technology Corporation for the purpose of its business;
(b)
has a green policy related to environmental sustainability;
(c)
has at least one competent personnel in green technology;
(d)
has at least five full time employees in Malaysia to carry on the qualifying activity; and
(e)
incurs an adequate amount of annual operating expenditure in Malaysia as approved to carry on the qualifying activity for the purpose of its business and that expenditure shall include local services provided by local service provider.
(2)
For the purpose of this paragraph—
“green policy” means a statement about the commitment to sustainability and environment management by a qualifying company;
“competent personnel” means a person who holds a certificate of competency as a service provider in green technology; and
“local service provider” means a person resident in Malaysia which provides services for insurance, legal, banking, information and communication technology, and transportation.
15
Qualifying activity 4.
A qualifying activity referred to under this Order is an activity as set out in column (3) of the Schedule in relation to the sector as set out in column (2) of the
Schedule that has obtained annual verification from the Malaysian Green Technology
Corporation and the activity results in—
minimizing the degradation of the environment or reducing greenhouse emission;
(b)
promoting health and improvement of environment; and
(c)
conserving the use of energy, water and other forms of natural resources or promoting the use of renewable energy or ability to recycle waste material resources.
Exemption 5.
(1)
Subject to paragraphs 6 and 7, the Minister exempts a qualifying company in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of the statutory income derived from a qualifying activity for a period of five years or until the year of assessment 2020 whichever is earlier (hereinafter referred to as
“exempt period”).
(2)
The exempt period referred to in subparagraph (1) in relation to—
(a)
a new company, shall commence from the year of assessment where the date of the first invoice in relation to the qualifying activity issued by the qualifying company falls and that date shall not be earlier than 1 January 2018; or
(b)
an existing company, shall commence from the year of assessment where the date of the first invoice in relation to the qualifying activity issued by the qualifying company falls and that date shall not be earlier than
16
the date of application for exemption is received by the
Malaysian Investment Development Authority.
(3)
An application for exemption under this Order shall be made to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority on or after 1 January 2018 but not later than 31 December 2020.
(4)
An exemption granted under this Order shall be subject to the qualifying company complying all conditions imposed by the Minister in relation to the exemption.
Nothing in subparagraph (1) shall absolve or be deemed to have absolved the qualifyling company from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts, or to furnish any other information, under the Act.
Exclusion of intellectual property income 6.
(1)
In ascertaining the statutory income of a qualifyling company referred to in subparagraph 5(1), the following intellectual property income derived from a qualifying activity of the qualifying company shall be excluded:
(a)
royalties and other income derived on or after 1 July 2018 but before 1 July 2021 from new intellectual property rights that the qualifying company owns; and
(b)
royalties and other income derived on or after 1 July 2021 from all intellectual property rights that the qualifying company owns.
(2)
For the purpose of subparagraph (1)—
(a)
a qualifying company owns an intellectual property right if the qualifying company is the owner or the licensee of the right;
(b)
royalties or other income is derived from an intellectual property right if it is receivable as consideration for the commercial exploitation of that
17
right;
(c)
“intellectual property right” means a right arising from any patent, utility innovation and discovery, copyright, trade mark and service mark, industrial design, layout-design of integrated circuit, secret processes or formulae and know-how, geographical indication and the grant of protection of a plant variety, and other like rights, whether or not registered or registrable; and
(d)
“new intellectual property right” means an intellectual property right in relation to the core income generating activities of the qualifying company that—
comes into the ownership of the qualifying company on or after 1 July 2018; or
comes into the ownership of the qualifying company after 16 October 2017 but before 1 July 2018 as a result of an acquisition by the qualifying company, directly or indirectly, from a related company.
(3)
For the purpose of subsubsubparagraph (2)(d)(ii), “related company” has the same meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Promotion of Investments Act 1986
[Act 327].
(4)
Any intellectual property income excluded in subparagraph (1) is subject to tax under the Act.
Statutory Income 7.
(1)
Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 5(1) in the basis period for each year of assessment shall be determined after deducting the allowances which fall to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made.
18
(2)
Where an asset is used for the purposes of a qualifying activity is also used for the purposes of an activity other than a qualifying activity, then the allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the asset is used for the purposes of the qualifying activity.
(3)
Where an exemption is granted to a qualifying company under subparagraph 5(1) for a year of assessment, the statutory income for the qualifying activity of that company for that year of assessment shall be exempt from tax.
(4)
The amount of statutory income determined under subparagraph (1) shall be reduced by—
(a)
first, current year adjusted loss from an activity or activities other than a pioneer business or pioneer businesses under the Promotion of
Investments Act 1986, or from the qualifying activity exempted under this Order, as the case may be; and
(b)
next, any unabsorbed adjusted loss or current year adjusted loss from a pioneer business or pioneer businesses under the Promotion of
Investments Act 1986 and from the qualifying activity exempted under this Order, as the case may be.
(5)
So much of the adjusted loss referred to in subsubparagraphs (4)(a) and (b)
which was utilised to reduce the statutory income of the qualifying activity for a year of assessment shall not be taken into account for the purposes of subsections 43(2) and 44(2) of the Act and section 21A of the Promotion of Investments
Act 1986, as the case may be, in determining the income of a business other than the pioneer business or pioneer businesses and the qualifying activity under this Order.
Notwithstanding subparagraph (2), any amount of unabsorbed adjusted loss and current year adjusted loss, from the qualifying activity that are not utilised to reduce the statutory income during the exempt period referred to in subsubparagraph (4)(b), shall be available to reduce the total income of the company in accordance with
19
subsections 43(2) and 44(2) of the Act in the basis period following the cessation of that exempt period for the year of assessment and any subsequent years of assessment.
Withdrawal of exemption 8.
(1)
The Minister may withdraw the exemption granted under subparagraph 5(1)
if the qualifying company fails to comply with any conditions imposed in relation to the exemption.
(2)
Where the exemption is withdrawn in accordance with subparagraph (1), the exemption granted in respect of any amount of the statutory income under subparagraph 5(1) shall be deemed to have not been given to the qualified company from the first year of the period referred to in subparagraph 5(2).
Surrendering of exemption 9.
(1)
The Minister may, at any time, except where the qualifying company fails to comply with any conditions imposed in relation to the exemption, allow the qualifying company to surrender the exemption granted under this Order by notice in writing to the
Minister through the Malaysian Investment Development Authority.
(2)
The surrender of the exemption shall have effect—
(a)
on the date of the application for surrender of the exemption is received by the Minister through the Malaysian Investment Development
Authority; or
(b)
on the first day in the basis period for the year of assessment in which the application for surrender of the exemption is received by the
Minister through the Malaysian Investment Development Authority.
Separate source and separate account 10.
(1)
Where a qualifying company carries on a qualifying activity and activity other than a qualifying activity, each activity shall be treated as a separate and distinct source of the activity.
20
(2)
The qualifying company who is granted an exemption under subparagraph 5(1) shall maintain a separate account for the income derived from each activity referred to in subparagraph (1).
Non-application
11. This Order shall not apply to a qualifying company who in the basis period for a year of assessment—
(a)
has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the
Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the
Act;
(b)
has been granted any incentive under the Promotion of Investments
Act 1986 in respect of the same qualifying activity;
(c)
has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act in respect of the same qualifying activity;
or
(d)
has made a claim for deduction under any rules made under section 154 of the Act except—
the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act;
the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006
[P.U. (A) 129/2006]; or
the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial
Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014].
21
(1)
(2)
Sector
(3)
Qualifying activity 1.
Renewable energy
Services related to renewable energy project such as system design and feasibility study, advisory and consultancy, testing and commissioning 2.
Energy efficiency
Services related to energy efficiency such as advisory and consultancy, energy and management audit, measurement and verification, testing and commissioning 3.
Electric vehicle
Services related to installation, maintenance and repair of electric vehicle charging equipment, infrastructure and electric vehicle charging station
Services related to operation of the electric vehicle charging station
Services related to maintenance, repair and overhaul of electric vehicle 4.
Green building
Services related to testing and commissioning of green building equipment and system, and services related to green building design and
22
(1)
(2)
Sector
(3)
Qualifying activity consultancy services 5.
Green data centre
Services related to system design and feasibility study, advisory and consultancy, testing and commissioning of green data centre or information and communication technology infrastructure 6.
Green certification and verification
Services related to green certifications of products, equipment and buildings 7.
Green township
Services related to advisory and consultancy, design and feasibility study in green township and low carbon cities planning
[To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]
Made 31 December 2018
[Per; LHDN.01/35/(S)/42/51/231-33; PN(PU2)80/XCII]
DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL
Deputy Prime Minister exercising the functions of the Minister of Finance