Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kadar cukai perkhidmatan
Cukai perkhidmatan yang hendak dikenakan dan dilevikan hendaklah ditetapkan pada kadar yang berikut:
(a)
dalam hal perkhidmatan bercukai selain perkhidmatan bercukai yang berhubungan dengan perkhidmatan kad kredit atau kad caj, enam peratus daripada harga, nilai, premium atau sumbangan takaful bagi perkhidmatan bercukai yang ditentukan mengikut seksyen 9 Akta; dan
(b)
dalam hal perkhidmatan bercukai yang berhubungan dengan perkhidmatan kad kredit atau kad caj—
(i)
RM25.00 hendaklah dikenakan bagi setiap kad kredit utama atau kad caj utama, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh kad itu diaktifkan dan tiap-tiap dua belas bulan selepas itu atau sebahagian daripadanya selepas kad itu diaktifkan;
(ii)
RM25.00 hendaklah dikenakan bagi setiap kad kredit utama atau kad caj utama, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh kad itu diperbaharui dan tiap-tiap dua belas bulan selepas itu atau sebahagian daripadanya selepas kad itu diperbaharui;
(iii)
RM25.00 hendaklah dikenakan bagi setiap kad kredit tambahan atau kad caj tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh kad itu diaktifkan dan tiap-tiap dua belas bulan selepas itu atau sebahagian daripadanya selepas kad itu diaktifkan; dan
(iv)
RM25.00 hendaklah dikenakan bagi setiap kad kredit tambahan atau kad caj tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh kad itu diperbaharui dan tiap-tiap dua belas bulan selepas itu atau sebahagian daripadanya selepas kad itu diperbaharui.
4
Dibuat 28 Ogos 2018
[Perb. R.0.3865/356/1 Jld. 1 (SK.8); PN(PU2)752]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 10(3) Akta Cukai
Perkhidmatan 2018]
5
SERVICE TAX ACT 2018
SERVICE TAX (RATE OF TAX) ORDER 2018