Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2018
“kad caj” ertinya suatu instrumen pembayaran yang menandakan suatu barisan kredit yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna dan yang baginya apa-apa amaun kredit yang digunakan oleh pengguna mesti diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum suatu tarikh yang ditetapkan tanpa apa-apa lanjutan kredit;
“kad kredit” ertinya suatu instrumen pembayaran yang menandakan suatu barisan kredit atau pembiayaan yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna dan yang baginya, jika apa-apa amaun kredit yang digunakan oleh pengguna belum diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum suatu tarikh yang ditetapkan, amaun yang belum diselesaikan itu boleh dikenakan caj faedah, untung atau caj lain.
3