(i)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit
Anjing Gila Negeri Perlis tahun 2002 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 18 Februari 2002.
(ii)
Sekalian anjing-anjing yang berumur tiga (3) bulan dan lebih di dalam Negeri
Perlis hendaklah diserahkan bagi menerima Suntikan Pencegahan Penyakit
Anjing Gila pada sekian-sekian masa dan tempat sepertimana yang ditetapkan oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perlis.