Perintah Duti Eksais (Langkawi) (Pindaan) 2025 · As enacted
2. Perintah Duti Eksais (Langkawi) 2025, yang disebut
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:
“Duti eksais 2.
Duti eksais hendaklah dilevi atas dan dibayar oleh pengimport pada kadar duti yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Pertama kepada
Perintah
Duti
Eksais 2025
[P.U.
389/2025]
berkenaan dengan barang-barang yang berikut yang diimport masuk ke dalam Langkawi atau diangkut dari kawasan utama kastam ke Langkawi:
rokok;
produk tembakau;
rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;
paip tembakau (termasuk kepala paip);
P.U. (A) 482 3
sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, sama ada atau tidak mengandungi nikotin;
kenderaan motor di bawah kepala 87.03 dan 87.11
Jadual
Pertama kepada
Perintah
Duti
Eksais 2025
dengan nilai kos, insurans dan tambang melebihi tiga ratus ribu ringgit;
kenderaan motor di bawah kepala 87.03 dan 87.11
Jadual Pertama kepada Perintah Duti Eksais 2025 yang dikilangkan di kawasan utama kastam dengan harga jualan melebihi tiga ratus ribu ringgit tidak termasuk duti eksais, cukai jualan, fi lesen kenderaan motor dan insurans kenderaan motor.”.