Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI KASTAM 2012

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (3), duti import hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport, berkenaan dengan barang-barang yang disenaraikan dalam ruang (1) dan (2) Jadual Pertama, mengikut kadar penuh yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual tersebut, yang diimport ke Malaysia.

(2)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar tarif kuota yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi mengikut kadar dalam ruang (4) Appendix B, tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh agensi dalam ruang (5) Appendix B.

(3)

Dalam hal barang-barang yang boleh dikenakan duti import yang dimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan motor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok) duti kastam pada kadar sama rata 30

peratus ad valorem hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport ke atas barang-barang itu.

(4)

Duti eksport hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengeksport berkenaan dengan barang-barang yang disenaraikan dalam ruang (1) dan (2)

3