Seksyen 4
Rukun Tafsiran Jadual Pertama
Tafsiran Jadual Pertama kepada Perintah ini hendaklah tertakluk kepada prinsip yang berikut:
Rukun (1)
Tajuk Seksyen, Bab dan Bab-kecil adalah diperuntukkan untuk menyenangkan sebutan sahaja; bagi maksud undang-undang, penjenisan, hendaklah ditentukan mengikut terma kepala dan apa-apa Nota Seksyen atau Nota Bab yang berhubungan dengannya dan, dengan syarat kepala atau Nota itu tidak menghendaki selainnya, mengikut Rukun (2) hingga (7) di bawah ini.
Rukun (2)
(a)
Apa-apa sebutan dalam suatu kepala kepada sesuatu barang hendaklah dikira sebagai termasuk sebutan kepada barang itu yang tidak lengkap atau tidak siap, dengan syarat bahawa, sebagaimana dikemukakan, barang yang tidak lengkap atau tidak siap itu mempunyai sifat perlu bagi barang yang lengkap atau siap itu. Ia hendaklah juga dikira sebagai termasuk sebutan
4
kepada barang itu yang lengkap atau siap (atau tergolong untuk dijeniskan sebagai lengkap atau siap menurut Rukun ini), yang dikemukakan secara tidak terpasang atau tercurai.
(b)
Apa-apa rujukan dalam suatu kepala kepada sesuatu bahan atau benda hendaklah dikira sebagai termasuk rujukan kepada campuran atau gabungan bahan atau benda itu dengan bahan atau benda lain. Apa-apa rujukan kepada barang-barang yang telah ditentukan bahan atau benda hendaklah dikira sebagai termasuk sebutan kepada barang-barang yang mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya daripada bahan atau benda itu. Penjenisan barang-barang yang mengandungi lebih daripada satu bahan atau benda hendaklah mengikut prinsip Rukun (3).
Rukun (3)
Jika, dengan pemakaian Rukun (2)(b) atau bagi apa-apa sebab lain, barang-barang itu adalah prima facie dijeniskan di bawah dua kepala atau lebih, penjenisan hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
(a)
kepala yang memperuntukkan perihalan yang paling khusus hendaklah diutamakan daripada kepala yang memperuntukkan perihalan yang lebih umum. Bagaimanapun, jika dua kepala atau lebih setiap satunya merujuk kepada sebahagian daripada bahan atau benda yang terkandung di dalam barang-barang campuran atau barang-barang komposit atau hanya kepada sebahagian daripada barang-barang dalam satu set bagi jualan runcit, kepala itu adalah dianggap sebagai sama khusus berhubung dengan barang-barang itu, walaupun jika satu daripada kepala itu memberikan perihalan yang lebih lengkap atau tepat mengenai barang-barang itu.
(b)
barang-barang campuran, komposit yang mengandungi bahan yang berlainan atau yang terdiri daripada komponen yang berlainan, dan barang-barang dalam satu set untuk jualan runcit, yang tidak dapat dijeniskan mengikut (3)(a), hendaklah dijeniskan seolah-olah barang-
5
barang itu terdiri daripada bahan atau komponen yang memberikan sifat perlu bagi barang-barang itu, setakat yang kriteria ini terpakai.
(c)
jika barang-barang tidak boleh dijeniskan mengikut (3)(a) atau 3(b), ia hendaklah dijeniskan di bawah kepala yang terakhir yang terdapat dalam susunan nombor antara kepala yang diberi pertimbangan yang sama.
Rukun (4)
Barang-barang yang tidak boleh dijeniskan mengikut Rukun di atas hendaklah dijeniskan di bawah kepala yang bersesuaian dengan barang-barang yang ianya seakan-akan sejenis.
Rukun (5)
Sebagai tambahan kepada peruntukan yang terdahulu, Rukun yang berikut hendaklah dipakai bagi barang-barang yang disebut dalamnya:
(a)
kotak kamera, kotak alat muzik, kotak senjata api, kotak alat lukisan, kotak rantai leher dan bekas yang serupa, yang dibentuk atau dipasang khusus untuk mengandungi barang tertentu atau barang-barang berpasangan, sesuai untuk kegunaan jangka panjang dan dikemukakan dengan barang-barang yang ianya dimaksudkan, hendaklah dijeniskan dengan barang-barang itu jika dari jenis yang biasanya dijual bersama barang-barang tersebut. Rukun ini, bagaimanapun, tidak terpakai bagi bekas yang memberikan keseluruhan barang itu sifat perlunya; dan
(b)
tertakluk kepada peruntukan Rukun (5)(a) di atas, bahan bungkusan dan bekas bungkusan adalah daripada jenis yang biasanya digunakan untuk membungkus barang-barang itu. Bagaimanapun, peruntukan ini tidak terikat apabila bahan bungkusan atau bekas bungkusan itu jelas sesuai digunakan berulang kali.
6
Rukun (6)
Bagi maksud undang-undang, penjenisan barang-barang di bawah subkepala sesuatu kepala hendaklah ditentukan mengikut terma subkepala itu dan apa-apa Nota
Subkepala yang berkaitan dan, mutatis mutandis, kepada Rukun di atas, dengan pemahaman bahawa hanya subkepala di peringkat yang sama boleh dibandingkan. Bagi maksud Rukun ini Nota Seksyen dan Nota Bab yang berkaitan adalah juga terpakai, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain.
Rukun (7)
Jika timbul apa-apa persoalan sama ada apa-apa barang yang tertentu termasuk atau tidak termasuk dalam jenis barang-barang yang terdapat dalam Perintah ini, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Ketua Pengarah.