Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI KASTAM (BARANG-BARANG DI BAWAH PERJANJIAN RANGKA KERJA KERJASAMA EKONOMI KOMPREHENSIF ANTARA KERAJAAN NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN DAN REPUBLIK KOREA) 2020

Seksyen 3

Duti Import AKFTA

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan, barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang berasal dari Negara-Negara Anggota ASEAN atau Korea, mengikut kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua, yang diimport ke Malaysia.

3

(2)

Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua berkenaan dengan jenis barang-barang tertentu, maka kadar itu hendaklah dilevi ke atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam 2017 [P.U. (A) 5/2017] hanya berkenaan dengan barang-barang daripada jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati

Ketua Pengarah sebagai telah berasal dari Negara-Negara Anggota ASEAN atau Korea.

(3)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada duti import yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan bermotor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok) duti kastam pada kadar sama rata sepuluh peratus ad valorem hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport itu berkenaan dengan, barang-barang itu.

(4)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar duti import “N.O.” dalam ruang (5) Jadual Kedua kepada Perintah ini, duti import hendaklah dilevi ke atas barang-barang itu mengikut kadar penuh yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 2017.

(5)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar tarif kuota sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua, duti import hendaklah dilevi terhadap barang-barang itu pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (4) Appendix “A”, tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh agensi yang dinyatakan dalam ruang (5) Appendix “A”.

Tafsiran kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua