Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2024

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah produk Skim Pembiayaan Mikro yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia bagi suatu amaun tidak melebihi satu ratus ribu ringgit yang disempurnakan antara seorang peminjam dengan suatu institusi kewangan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2025.

(3)

Bagi maksud perenggan ini, “institusi kewangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701].

Pembatalan