Seksyen 2
Kadar duti eksais
of Perintah Eksais (Pembayaran Duti Eksais bagi Kenderaan Bermotor) 2026
P.U. (A)In forceProvision 2 of 12
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), kadar duti yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual kepada Perintah Duti Eksais 2025 [P.U. (A) 389/2025]
hendaklah dilevi dan dibayar oleh pengilang berlesen.
(2)
Bagi maksud Perintah ini, barang-barang yang diperihalkan dalam ruang (3) Jadual kepada Perintah Duti Eksais 2025 berhubung dengan subkepala yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah disebut sebagai “kenderaan bermotor”
yang dikilangkan di Malaysia.