Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH FI (IKLAN DIGITAL) (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) 2026

Seksyen 2

Dalam Perintah ini —

“iklan digital” ertinya kaedah pemasaran dalam pelbagai bentuk termasuklah tetapi tidak terhad kepada imej, audio, video, teks atau sepanduk yang menggunakan platform digital atau papan elektronik untuk mempromosikan suatu produk, perkhidmatan, jenama, aktiviti, apa-apa perkara lain atau maklumat lain bagi menyampaikan mesej kepada pengguna;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia;

“papan elektronik” ertinya suatu sistem paparan yang menggunakan komponen elektronik untuk memaparkan maklumat dalam bentuk imej, audio, video atau teks kecuali sepanduk yang melibatkan penggunaan Paparan Diod Pemancar Cahaya (LED),

Paparan Hablur Cecair (LCD) atau teknologi paparan lain untuk menunjukkan kandungan dalam format digital yang kandungannya boleh dikemas kini dan mempunyai ciri interaktif dan keupayaan multimedia; dan 3

“platform digital” ertinya aplikasi yang menggunakan perkhidmatan capaian internet yang membolehkan interaksi, penciptaan dan perkongsian kandungan termasuklah tetapi tidak terhad kepada penstriman langsung video, penstriman langsung audio, video atas permintaan (VOD) atau audio atas permintaan (AOD) yang didaftarkan di bawah akaun Jabatan Penyiaran Malaysia.

Section 2 — PERINTAH FI (IKLAN DIGITAL) (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) 2026