Skip to content

Seksyen 3

Fi dan pembayaran fi

of Perintah Fi (Iklan Digital) (Jabatan Penyiaran Malaysia) 2026

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

(1)

Fi yang ditetapkan dalam ruang (3) Jadual Pertama hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah bagi tempahan slot perkhidmatan untuk iklan digital yang dipaparkan di platform digital mengikut kategori yang dinyatakan dalam ruang (1) dan kuantiti yang dinyatakan dalam ruang (2).

(2)

Fi yang ditetapkan dalam ruang (2) Jadual Kedua hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah bagi tempahan slot perkhidmatan untuk iklan digital yang dipaparkan di papan elektronik mengikut kategori yang dinyatakan dalam ruang (1)

dan hendaklah dikenakan mengikut tempoh paparan bagi setiap hari pengiklanan.