P.U. (A) · As enacted
Perintah Imigresen (Pengecualian) (No. 12) 2026
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Imigresen (Pengecualian)
(No. 12) 2026.
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 2 Oktober 2026.
s 2Tafsiran
Dalam Perintah ini—
“kawasan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026 [Akta 884];
“pegawai penguat kuasa Republik Singapura” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026;
“Stesen Bukit Chagar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026.
s 3Pengecualian
Menteri mengecualikan mana-mana pegawai penguat kuasa Republik Singapura daripada Immigration and Checkpoints Authority yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar daripada pemakaian Pas yang sah yang dikeluarkan di bawah perenggan 6(1)(c) Akta.
P.U. (A) 347 3
s 4Syarat pengecualian
Mana-mana pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang dikecualikan di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
kemasukan ke dalam Malaysia hendaklah ke kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar;
memiliki dokumen perjalanan yang sah pada setiap masa;
bagi setiap kemasukan ke dalam Malaysia ke kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang dikecualikan itu hendaklah, atas permintaan oleh pihak berkuasa
Kerajaan Malaysia, mengemukakan pas keselamatannya atau keterangan mengenai identitinya yang lain untuk pengesahan semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar; dan
bagi setiap kemasukan ke dalam Malaysia, pegawai penguat kuasa
Republik Singapura yang dikecualikan itu hanya dibenarkan untuk berada di Malaysia secara sementara bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh hari.
Dibuat 1 Oktober 2026
[KDN.IM.S.600-2/1/11 JLD.34(2); PN(PU2)100/JLD.20]
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Menteri Dalam Negeri
P.U. (A) 347 4
IMMIGRATION ACT 1959/63
IMMIGRATION (EXEMPTION) (NO. 12) ORDER 2026