Skip to content
In forceAs enacted
Contents

P.U. (A)

Perintah Imigresen (Pengecualian) (No. 13) 2026

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Imigresen (Pengecualian)

(No. 13) 2026.

(2)

Perintah ini mula berkuat kuasa pada 2 Oktober 2026.

s 2Tafsiran

Dalam Perintah ini—

“kakitangan sokongan teknologi maklumat Republik Singapura” bermaksud kakitangan sokongan teknologi maklumat yang diambil bekerja oleh pembekal yang bertanggungjawab untuk pengendalian dan penyelenggaraan sistem maklumat

Republik Singapura di bawah kontrak dengan Kerajaan Republik Singapura;

“kawasan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026 [Akta 884];

“Stesen Bukit Chagar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026.

s 3Pengecualian

Menteri mengecualikan mana-mana kakitangan sokongan teknologi maklumat

Republik Singapura yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar daripada pemakaian Pas yang sah yang dikeluarkan di bawah perenggan 6(1)(c) Akta.

P.U. (A) 348 3

s 4Syarat pengecualian

Mana-mana kakitangan sokongan teknologi maklumat Republik Singapura yang dikecualikan di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

kemasukan ke dalam Malaysia hendaklah ke kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar;

(b)

memiliki dokumen perjalanan yang sah pada setiap masa;

(c)

bagi setiap kemasukan ke dalam Malaysia ke kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, kakitangan sokongan teknologi maklumat

Republik Singapura yang dikecualikan itu hendaklah, atas permintaan oleh pihak berkuasa Kerajaan Malaysia, mengemukakan pas keselamatannya atau keterangan mengenai identitinya yang lain untuk pengesahan semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar; dan

(d)

bagi setiap kemasukan ke dalam Malaysia, kakitangan sokongan teknologi maklumat Republik Singapura yang dikecualikan itu hanya dibenarkan untuk berada di Malaysia secara sementara bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh hari.

Dibuat 1 Oktober 2026

[KDN.IM.S.600-2/1/11 Jld. 35(17); PN(PU2)100/JLD.20]

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL

Menteri Dalam Negeri

P.U. (A) 348 4

IMMIGRATION ACT 1959/63

IMMIGRATION (EXEMPTION) (NO. 13) ORDER 2026