Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (JAMBATAN DAN LEBUH RAYA LALUAN KEDUA MALAYSIA-SINGAPURA DAN LEBUH RAYA PERLING) (PINDAAN) 2026

Seksyen 3

(1)

Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan—

(a)

kad debit, kad kredit atau kad prabayar yang sah;

(b)

peranti elektronik berserta kad prabayar yang sah;

(c)

pelekat elektronik yang sah yang telah dipasang di cermin hadapan, lampu hadapan kenderaan atau

P.U. (A) 50 3

di mana-mana bahagian lain kenderaan yang telah ditentukan bagi pemasangannya; atau

(d)

aplikasi bagi Sistem Pengecaman

Automatik Pendaftaran Kenderaan, hendaklah membayar tol yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(1) apabila melalui lorong tol yang dikhaskan di plaza tol yang berikut:

(a)

Plaza Tol A di Aras 0, Kompleks

Sultan Abu Bakar yang terletak di kilometer 4.96 (jarak sebagaimana yang diukur ke arah utara dari sempadan antarabangsa Malaysia dan Singapura pada rujukan Grid

Cassini

Singapura di koordinat

U+36978.189 dan T+5732.504);

(b)

Plaza Tol Tanjung Kupang yang terletak di kilometer 5.76 (jarak sebagaimana yang diukur ke arah utara dari sempadan antarabangsa

Malaysia dan Singapura pada rujukan

Grid Cassini Singapura di koordinat

U+36978.189 dan T+5732.504);

(c)

Plaza Tol Lima Kedai yang terletak di kilometer 20.72

(jarak sebagaimana yang diukur ke arah utara dari sempadan antarabangsa

Malaysia dan Singapura pada rujukan

P.U. (A) 50 4

Grid Cassini Singapura di koordinat

U+36978.189 dan T+5732.504); atau

(d)

Plaza Tol Perling yang terletak di kilometer 24.65

(jarak sebagaimana yang diukur ke arah utara dari sempadan antarabangsa

Malaysia dan Singapura pada rujukan

Grid Cassini Singapura di koordinat

U+36978.189 dan T+5732.504), sebagaimana yang ditunjukkan dalam peta dalam

Section 3 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (JAMBATAN DAN LEBUH RAYA LALUAN KEDUA MALAYSIA-SINGAPURA DAN LEBUH RAYA PERLING) (PINDAAN) 2026