Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Jalan-Jalan Persekutuan
(Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Jambatan Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah) 2014.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah) 2014 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 84 2014, currently marked in force and first recorded in 2014.
P.U. (A) 84
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN
(PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL)
(JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH)
2014
FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT)
(COLLECTION OF TOLLS) (JAMBATAN SULTAN ABDUL
HALIM MU’ADZAM SHAH) ORDER 2014
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 84 2
AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984
PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN)
(PUNGUTAN TOL) (JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH) 2014
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Jalan-Jalan Persekutuan
(Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Jambatan Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah) 2014.
Pemberikuasaan untuk memungut tol
Jambatan Kedua Sdn. Bhd. atau agennya diberi kuasa—
bagi tempoh mulai 1 April 2014 sehingga 7 November 2053, untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang
Jadual
Pertama mengikut tempoh yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bermula dari Persimpangan Bertingkat Batu Maung di koordinat
U586043.349, T256371.651 Grid Rectified Skew Orthomorphic
(RSO) dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Batu Kawan di koordinat U581396.462, T276071.127 Grid RSO, kedua-dua jarak diukur dari Persimpangan Bertingkat Batu Maung yang bersambung dengan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu/Lebuh
Raya Bayan Lepas, termasuk Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah, Persimpangan Bertingkat Bunga Cengkih
Batu Kawan yang menghubungkan ke jalan utama kawasan
P.U. (A) 84 3
pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Pulau Pinang di Batu
Kawan, Plaza Tol Bandar Cassia dan Persimpangan Bertingkat
Batu Kawan yang bersambung dengan Lebuh Raya Utara Selatan, iaitu suatu jarak sepanjang 24 kilometer, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama; dan
(b)
bagi tempoh dari 1 April 2014 sehingga 31 Disember 2038, untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua mengikut tempoh yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Kedua bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai
Jalan Penghubung bermula dari Persimpangan Bertingkat Batu
Kawan di koordinat U581396.462, T276071.127 Grid RSO yang bersambung dengan Lebuh Raya Utara Selatan dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Bunga Cengkih Batu Kawan di koordinat U79049.563, T110984.558 Grid RSO di kawasan pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Pulau Pinang di Batu
Kawan, iaitu suatu jarak sepanjang 4.672 kilometer, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua.
(2)
Jalan yang dinyatakan dalam subsubperenggan (1)(a) dan (b) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Ketiga dan Keempat.
Pembayaran tol 3.
(1)
Tol yang disebut dalam subsubperenggan 2(1)(a) hendaklah kena dibayar oleh pemandu kenderaan sebelum memasuki Plaza Tol Bandar Cassia di kilometer 0.0
atau Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di kilometer 1.9 bagi kenderaan yang meneruskan perjalanan ke Batu Maung melalui Jambatan Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah.
P.U. (A) 84 4
(2)
Tol yang disebut dalam subsubperenggan 2(1)(b) hendaklah kena dibayar oleh pemandu kenderaan sebelum memasuki Plaza Tol Bandar Cassia di kilometer 0.0
bagi kenderaan yang meneruskan perjalanan ke Batu Kawan atau Batu Maung dan dari
Batu Maung atau Batu Kawan yang meneruskan perjalanan ke Lebuh Raya Utara
Selatan.
(3)
Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan kad atau peranti elektronik hendaklah melalui lorong tol yang mempunyai suatu mesin pembaca kad atau peranti elektronik, menghampiri mesin pembaca itu dan menyentuhkan kad atau peranti elektronik pada mesin pembaca itu, dan tol yang kena dibayar hendaklah ditolak daripada kad atau peranti elektronik itu.
(4)
Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan tag elektronik hendaklah, sebelum melalui lorong tag elektronik yang dikhaskan, mempamerkan tag elektronik atau tag elektronik dengan kad atau peranti elektronik di cermin hadapan kenderaan, dan tol yang kena dibayar hendaklah ditolak daripada tag elektronik atau kad atau peranti elektronik itu.
(5)
“Kad atau peranti elektronik” dan “tag elektronik” yang disebut dalam perenggan ini ertinya—
(a)
sesuatu kad atau peranti elektronik dan tag elektronik yang dibenarkan oleh Menteri, yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tol;
(b)
berhubung dengan sesuatu kad atau peranti elektronik, suatu kad atau peranti elektronik yang boleh dibaca oleh mesin pembaca yang dipasang di lorong tol; dan
(c)
berhubung dengan sesuatu tag elektronik, suatu tag elektronik yang boleh menyebabkan palang di lorong tag elektronik yang dikhaskan dinaikkan secara elektronik.
P.U. (A) 84 5
Pengecualian daripada pembayaran tol 4.
Walau apa pun peruntukan Perintah ini, kenderaan yang dinyatakan dalam
Jadual Kelima dikecualikan daripada pembayaran tol.
P.U. (A) 84 6
JADUAL PERTAMA
[Subsubperenggan 2(1)(a)]
KADAR TOL
(BAGI PLAZA TOL BANDAR CASSIA DAN PLAZA TOL JAMBATAN SULTAN ABDUL
HALIM MU’ADZAM SHAH)
(1)
Tempoh
Operasi
(2)
Tol Kena Dibayar (RM) Mengikut Kelas Kenderaan
Kelas 0
Kelas 1
Kelas 2
Kelas 3
Kelas 4
Kelas 5
1.4.2014 – 31.3.2018
1.70
8.50
30.50
70.10
8.50
26.20
KELAS KENDERAAN
Kelas 0
: Motosikal
Kelas 1
: Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi dan bas)
Kelas 2
: Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (tidak termasuk bas)
Kelas 3
: Kenderaan yang mempunyai tiga atau lebih gandar (tidak termasuk bas)
Kelas 4
: Teksi
Kelas 5
: Bas
Bagi maksud mengira bilangan gandar dan roda sesuatu kenderaan, gandar dan roda mana-mana treler yang ditarik oleh kenderaan itu hendaklah termasuk sebagai sebahagian daripada gandar dan roda kenderaan itu.
P.U. (A) 84 7
JADUAL KEDUA
[Subsubperenggan 2(1)(b)]
KADAR TOL
(BAGI PLAZA TOL BANDAR CASSIA)
(1)
Tempoh
Operasi
(2)
Tol Kena Dibayar (RM) Mengikut Kelas Kenderaan
Kelas 0
Kelas 1
Kelas 2
Kelas 3
Kelas 4
Kelas 5
1.4.2014 – 31.12.2038
—
0.60
0.90
1.20
0.30
0.50
KELAS KENDERAAN
Kelas 0
: Motosikal
Kelas 1
: Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi dan bas)
Kelas 2
: Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (tidak termasuk bas)
Kelas 3
: Kenderaan yang mempunyai tiga atau lebih gandar (tidak termasuk bas)
Kelas 4
: Teksi
Kelas 5
: Bas
Bagi maksud mengira bilangan gandar dan roda sesuatu kenderaan, gandar dan roda mana-mana treler yang ditarik oleh kenderaan itu hendaklah termasuk sebagai sebahagian daripada gandar dan roda kenderaan itu.
P.U. (A) 84 8
JADUAL KETIGA
[Subperenggan 2(2)]
PETA JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
SELAT SELATAN
P.U. (A) 84 9
JADUAL KEEMPAT
[Subperenggan 2(2)]
PETA JALAN PENGHUBUNG
P.U. (A) 84 10
JADUAL KELIMA
[Perenggan 4]
KENDERAAN YANG DIKECUALIKAN
1.
Mana-mana kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Agong atau Raja
Permaisuri Agong, Raja-Raja atau Permaisuri Baginda, Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau isteri-isteri mereka, Dato’-Dato’ Undang Negeri Sembilan atau Tengku Besar Tampin atau isteri-isteri mereka, Tengku Mahkota atau Raja Muda mana-mana Negeri atau isteri-isteri mereka, Raja Di-Hilir Perak atau isterinya atau mana-mana pembesar asing yang datang melawat.
2.
Mana-mana kenderaan Kerajaan yang membawa Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri.
3.
Semua kenderaan tentera yang dimiliki oleh Kerajaan atau mana-mana angkatan pelawat yang ditakrifkan dalam Akta Angkatan Pelawat 1960 [Akta 432].
4.
Semua kenderaan Kerajaan yang digunakan semata-mata untuk tugas ambulans, tugas melawan kebakaran, tugas polis atau tugas menyelamat termasuk kenderaan pasukan penyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam dan kenderaan dari Jabatan Penjara semasa menjalankan tugas mengiringi banduan.
5.
Semua kenderaan yang bukan kenderaan Kerajaan yang digunakan semata-mata untuk tugas ambulans, tugas melawan kebakaran dan tugas menyelamat.
6.
Semua motosikal beroda tiga atau beroda empat yang digunakan oleh mana-mana orang cacat.
P.U. (A) 84 11
Dibuat 28 Mac 2014
[KKR.PUU.110-1/7/31; PN(PU2)426/LV]
DATUK HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Kerja Raya
P.U. (A) 84 12
FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) ACT 1984
FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) (COLLECTION OF TOLLS)
(JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH) ORDER 2014
IN exercise of the powers conferred by section 2 of the Federal Roads
(Private Management) Act 1984 [Act 306], the Minister makes the following order:
Citation and commencement 1.
(1)
This order may be cited as the Federal Roads (Private Management)
(Collection of Tolls) (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) Order 2014.
(2)
This Order comes into operation on 1 April 2014.
Authorization to collect tolls 2.
(1)
Jambatan Kedua Sdn. Bhd. or its agent is authorized—
(a)
for the period from 1 April 2014 to 7 November 2053, to demand, collect and retain the appropriate tolls specified in column (2) of the First Schedule according to the period specified in column (1)
of the First Schedule, for the use in either direction of any part of the road known as Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah commencing from the Batu Maung Interchange at coordinates
N586043.349, E256371.651 of the Rectified Skew Orthomorphic
(RSO) Grid and ending at the Batu Kawan Interchange at coordinates N581396.462, E276071.127 RSO Grid, both distances measured from the Batu Maung Interchange which connects to the Tun Dr. Lim Chong Eu Expressway/Bayan Lepas
Expressway, including the Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah Toll Plaza, the Batu Kawan Cloverleaf Interchange connecting to the main road of the Penang Development Corporation development area at Batu Kawan, Bandar Cassia Toll Plaza and the
Batu Kawan Interchange which connects to the North South
P.U. (A) 84 13
Expressway, being a distance of 24 kilometres, by the classes of vehicles specified in column (2) of the First Schedule; and
(b)
for the period from 1 April 2014 to 31 December 2038, to demand, collect and retain the appropriate tolls specified in column (2) of the
Second
Schedule according to the period specified in column (1) of the Second Schedule for the use in either direction of any part of the road known as the Link Road commencing from the Batu Kawan Interchange at coordinates N581396.462,
E276071.127 RSO Grid which connects to the North South
Expressway and ends at the Batu Kawan Cloverleaf Interchange at coordinates N79049.563, E110984.558 RSO Grid at the Penang
Development Corporation development area at Batu Kawan, being a distance of 4.672 kilometres, by the classes of vehicles specified in column (2) of the Second Schedule.
(2)
The roads specified in subsubparagraphs (1)(a) and (b) for the use of which tolls are authorized to be demanded, collected and retained are shown on the map in the Third and Fourth Schedules.
Payment of toll 3.
(1)
The toll referred to in subsubparagraph 2(1)(a) shall be payable by a driver of a vehicle before entering the Bandar Cassia Toll Plaza at kilometre 0.0 or the
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Toll Plaza at kilometre 1.9 for vehicles heading towards Batu Maung via Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
(2)
The toll referred to in subsubparagraph 2(1)(b) shall be payable by a driver of a vehicle before entering the Bandar Cassia Toll Plaza at kilometre 0.0 for vehicles heading towards Batu Kawan or Batu Maung and from Batu Maung or Batu
Kawan heading towards the North South Expressway.
P.U. (A) 84 14
(3)
A driver of a vehicle who uses an electronic card or device shall pass through a toll lane having an electronic card or device reader, approach the reader and touch the electronic card or device on the reader, and the toll payable shall be deducted from the electronic card or device.
(4)
A driver of a vehicle who uses an electronic tag shall, before passing through the dedicated electronic tag lane, display the electronic tag or the electronic tag with an electronic card or device at the windscreen of the vehicle, and the toll payable shall be deducted from the electronic tag or the electronic card or device.
(5)
“Electronic card or device” and “electronic tag” referred to in this paragraph means—
(a)
an electronic card or device and electronic tag as approved by the
Minister, issued for the purpose of payment of tolls;
(b)
in relation to an electronic card or device, an electronic card or device which is capable of being read by the reader installed at the toll lane; and
(c)
in relation to an electronic tag, an electronic tag which is capable of causing the pole at the dedicated electronic tag lane to be raised electronically.
Exemption from payment of toll 4.
Notwithstanding the provisions of this Order, the vehicles specified in the
Fifth Schedule are exempted from payment of toll.
P.U. (A) 84 15
FIRST SCHEDULE
[Subsubparagraph 2(1)(a)]
RATES OF TOLL
(FOR BANDAR CASSIA TOLL PLAZA AND JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM
MU’ADZAM SHAH TOLL PLAZA)
(1)
Period of
Operation
(2)
Toll Payable (RM) According to Class of Vehicles
Class 0
Class 1
Class 2
Class 3
Class 4
Class 5
1.4.2014 – 31.3.2018
1.70
8.50
30.50
70.10
8.50
26.20
CLASS OF VEHICLES
Class 0
: Motorcyles
Class 1
: Vehicles having two axles and three or four wheels (excluding taxis and buses)
Class 2
: Vehicles having two axles and six wheels (excluding buses)
Class 3
: Vehicles having three or more axles (excluding buses)
Class 4
: Taxis
Class 5
: Buses
For the purpose of calculating the number of axles and wheels of a vehicle, the axles and wheels of any trailer towed by the vehicle shall be included as a part of the axles and wheels of the vehicle.
P.U. (A) 84 16
SECOND SCHEDULE
[Subsubparagraph 2(1)(b)]
RATES OF TOLL
(FOR BANDAR CASSIA TOLL PLAZA)
(1)
Period of
Operation
(2)
Toll Payable (RM) According to Class of Vehicles
Class 0
Class 1
Class 2
Class 3
Class 4
Class 5
1.4.2014 – 31.12.2038
—
0.60
0.90
1.20
0.30
0.50
CLASS OF VEHICLES
Class 0
: Motorcyles
Class 1
: Vehicles having two axles and three or four wheels (excluding taxis and buses)
Class 2
: Vehicles having two axles and six wheels (excluding buses)
Class 3
: Vehicles having three or more axles (excluding buses)
Class 4
: Taxis
Class 5
: Buses
For the purpose of calculating the number of axles and wheels of a vehicle, the axles and wheels of any trailer towed by the vehicle shall be included as a part of the axles and wheels of the vehicle.
P.U. (A) 84 17
THIRD SCHEDULE
[Subparagraph 2(2)]
MAP OF JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
SOUTH CHANNEL
P.U. (A) 84 18
FOURTH SCHEDULE
[Subparagraph 2(2)]
MAP OF LINK ROAD
P.U. (A) 84 19
FIFTH SCHEDULE
[Paragraph 4]
EXEMPTED VEHICLES
1.
Any vehicles carrying the Yang di-Pertuan Agong or the Raja Permaisuri Agong, the Rulers or their consorts, the Yang di-Pertua Negeri of the States of Malacca,
Penang, Sabah and Sarawak or their wives, the Dato’-Dato’ Undang Negeri
Sembilan or the Tengku Besar Tampin or their wives, the Tengku Mahkota or the
Raja Muda of any State or their wives, the Raja Di-Hilir of Perak or his wife, or any visiting foreign dignitary.
2.
Any Government vehicle carrying the Prime Minister or the Deputy Prime
Minister.
3.
All military vehicles belonging to the Government or to any visiting force as defined in the Visiting Forces Act 1960 [Act 432].
4.
All Government vehicles solely engaged in ambulance duties, fire fighting duties, police duties or rescue duties inclusive of rescue team vehicles from the Civil
Defence Department and vehicles from the Prison Department while on prisoner’s escort duties.
5.
All vehicles not being Government vehicles solely engaged in ambulance duties, fire fighting duties and rescue duties.
6.
All three-wheeled or four-wheeled motorcycles used by any handicapped person.
Made 28 March 2014
[KKR.PUU.110-1/7/31; PN(PU2)426/LV]
DATUK HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Minister of Works
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.