Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan suatu kad atau peranti elektronik hendaklah melalui suatu lorong tol yang mempunyai suatu mesin pembaca kad atau peranti elektronik, menghampiri mesin pembaca itu dan menyentuhkan kad atau peranti elektronik ke mesin pembaca itu dan tol yang kena dibayar hendaklah ditolak daripada kad atau peranti elektronik tersebut.
(3)
Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan suatu tag elektronik hendaklah, sebelum melalui lorong tag elektronik yang dikhaskan, mempamerkan tag elektronik atau tag elektronik dengan kad atau peranti elektronik yang sah di cermin hadapan kenderaan dan tol yang kena dibayar hendaklah ditolak daripada tag elektronik atau kad elektronik atau peranti elektronik itu.
(4)
“Kad atau peranti elektronik” dan “tag elektronik” yang disebut dalam perenggan ini ertinya-
(a)
sesuatu kad atau peranti elektronik dan tag elektronik yang dibenarkan oleh
Menteri, yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tol;
(b)
berhubung dengan sesuatu kad atau peranti elektronik, suatu kad atau peranti elektronik yang boleh dibaca oleh mesin pembaca yang dipasang di lorong tol;
dan
(c)
berhubung dengan sesuatu tag elektronik, suatu tag elektronik yang boleh menyebabkan palang di lorong tag elektronik yang dikhaskan dinaikkan secara elektronik.
P.U. (A) 263 4
Pengecualian daripada pembayaran tol