Skip to content

Seksyen 2

Pemberikuasaan untuk memungut tol

of Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian)(Pungutan Tol) (Lebuh Raya Kl-Kuala Selangor) 2011

P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2
(1)

KL-Kuala Selangor Expressway Berhad diberi kuasa bagi tempoh dari 1 September 2011 hingga 28 Oktober 2048 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya KL-Kuala

Selangor yang bermula dari kilometer 0.00 (di koordinat U 15220.998, T-36487.575 Grid

Cassini Negeri Selangor) dan berakhir di kilometer 30.70 Lebuh Raya KL-Kuala Selangor

(di koordinat U 13601.51, T-10067.94 Grid Cassini Negeri Selangor) termasuklah

Persimpangan Bertingkat Ijok, Plaza Tol Ijok, Persimpangan Bertingkat Puncak Alam, Plaza

Tol Kuang Barat, Jalan Susur Kundang, Plaza Tol Kuang Timur, Persimpangan Bertingkat

Kuang, Plaza Tol Taman Rimba Templer dan Persimpangan Bertingkat Taman Rimba

Templer dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 30.70 kilometer oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama.

(2)

Jalan-jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua.

P.U. (A) 263 3