Seksyen 2
Pindaan Jadual Pertama
of Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) (Pindaan) (No. 4) 2026
Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989]
dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala Negeri Sembilan Darul Khusus—
(a)
dengan menggantikan butiran 11 dengan butiran yang berikut:
“11. (Laluan 53): Jalan Lukut-Mambau
Bermula dari persimpangan Laluan 5, Jalan Lubok Cina-Sepang di koordinat U 2.573734, T 101.832914 dan berakhir di koordinat
U 2.670147, T 101.923014 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA 20: JALAN LUKUT-MAMBAU (Jarak sepanjang 17.387 km).”;
(b)
dengan menggantikan butiran 13 dengan butiran yang berikut:
“13. (Laluan 97): Jalan Senawang-Paroi
Bermula dari persimpangan Laluan 242, Jalan Senawang-Panchor di koordinat U 2.694389, T 101.976864 dan berakhir di persimpangan
P.U. (A) 340 3
Laluan 51, Jalan Seremban-Kuala Pilah di koordinat U 2.724720,
T 101.981112 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA
27:
JALAN SENAWANG-PAROI (Jarak sepanjang 3.487 km).”;
(c)
dengan menggantikan butiran 14 dengan butiran yang berikut:
“14. (Laluan 195): Jalan Seremban-Bandar Baru Enstek
Bermula dari koordinat U 2.740146, T 101.759707 dan berakhir di persimpangan Laluan 53, Jalan Lukut-Seremban di koordinat
U 2.721816, T 101.939666 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA 13: JALAN SEREMBAN-BANDAR BARU ENSTEK (Jarak sepanjang 28.107 km).”;
(d)
dengan memotong butiran 17;
(e)
dengan menggantikan butiran 18 dengan butiran yang berikut:
“18. (Laluan 242): Jalan Senawang-Panchor
Bermula dari koordinat U 2.686467, T 101.967813 dan berakhir di koordinat U 2.725177, T 102.002794 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam PETA 5: JALAN SENAWANG-PANCHOR (Jarak sepanjang 6.557 km).”;
(f)
dengan memotong butiran 19;
(g)
dengan memasukkan selepas butiran 31 butiran yang berikut:
P.U. (A) 340 4
“32. (Laluan 355): Jalan Mambau-Rasah
Bermula dari koordinat U 2.665858, T 101.923441 dan berakhir di koordinat U 2.718555, T 101.943928 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam PETA 28: JALAN MAMBAU-RASAH (Jarak sepanjang 6.438 km).