Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) (Danainfra Nasional Berhad) 2026

P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh

Kerajaan Malaysia berhubung dengan Program ICP dan IMTN dan Kemudahan RC-i;

“Kemudahan RC-i” ertinya Kemudahan Kredit Pusingan-i Bersindiket yang diperoleh oleh DanaInfra Nasional Berhad dengan amaun agregat prinsipal tidak melebihi satu bilion ringgit (RM1,000,000,000.00);

“Program ICP dan IMTN” ertinya Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka

Sederhana Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad menurut Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga lapan bilion sembilan ratus lapan puluh lapan juta dan lima ratus ribu ringgit (RM8,988,500,000.00) termasuk amaun agregat prinsipal yang telah diperoleh di bawah Kemudahan RC-i.

P.U. (A) 295 3