Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (A)

Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Tamat Tempoh) (No. 2) 2026

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)

(Kajian Semula Tamat Tempoh) (No. 2) 2026.

(2)

Perintah ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 9 Oktober 2026

hingga 24 Mac 2027.

s 2Duti anti-lambakan

Duti anti-lambakan hendaklah dilevi atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual yang dieksport dari negara yang dinyatakan dalam ruang (3) ke dalam Malaysia oleh pengeluar atau pengeksport yang dinyatakan dalam ruang (4) pada kadar duti yang dinyatakan dalam ruang (5).

s 3Pembayaran duti anti-lambakan

Duti anti-lambakan yang kena dibayar di bawah Perintah ini hendaklah dibayar secara tunai.

(1)

Penjenisan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah mematuhi Rukun Tafsiran Am Sistem Berharmonis sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4 Perintah Duti Kastam 2025 [P.U. (A) 384/2025].

P.U. (A) 354 3

(2)

Nombor kepala atau subkepala yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual diperuntukkan bagi kemudahan rujukan dan tidak mempunyai kesan mengikat atas penjenisan barang-barang yang diperihalkan dalam ruang (2).

s 5Kesan terhadap duti import dan cukai jualan

Pengenaan duti anti-lambakan di bawah Perintah ini tidaklah menjejaskan pengenaan dan pemungutan—

(a)

duti import di bawah Akta Kastam 1967; dan

(b)

cukai jualan di bawah Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806].

Schedules