Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KASTAM (DUTI ANTI-LAMBAKAN) (NO. 3) 2020 (PINDAAN) (NO. 2) 2023
Seksyen 2
Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 3) 2020 [P.U. (A) 348/2020], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2
dengan menggantikan subperenggan (2) dengan subperenggan yang berikut:
“(2)
Walau apa pun subperenggan 2(1), duti anti-lambakan tidak dikenakan ke atas barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2)
Jadual yang dieksport dari Republik Rakyat China oleh pengeluar atau pengeksport Yieh Phui (China) Technomaterial Co., Ltd. dan Republik Sosialis
Viet Nam oleh pengeluar atau pengeksport Southern Steel Sheet Co., Ltd.,
Tan Phuoc Khanh Trading & Manufacturing Coil Steel JSC, Hoa Sen Group dan
Ton Dong A Corporation.”.