Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (A)

Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2016

Feedback & support

The text

14 Oktober 2016 14 October 2016

P.U. (A) 260

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERINTAH KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN

KESIHATAN SWASTA (HOSPITAL SWASTA DAN

KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA LAIN)

(PINDAAN) 2016

PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES

(PRIVATE HOSPITALS AND OTHER PRIVATE HEALTHCARE

FACILITIES) (AMENDMENT) ORDER 2016

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 260 2

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

PERINTAH KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA

(HOSPITAL SWASTA DAN KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN

SWASTA LAIN) (PINDAAN) 2016

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 106(2)

Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586],

Menteri membuat perintah yang berikut:

s 1Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan

Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2016.

(2)

Perintah ini mula berkuat kuasa pada 15 Oktober 2016.

s 2Pindaan Jadual Ketiga Belas

Jadual Ketiga Belas kepada Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan

Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006], dipinda dalam Bahagian A—

(a)

dalam catatan 1, dengan memasukkan selepas takrif “kecemasan” takrif yang berikut:

‘ “orang asing” ertinya seseorang yang bukan warganegara

Malaysia tetapi tidak termasuk —

(a)

seseorang yang bukan warganegara Malaysia yang memegang suatu kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah perenggan 5(3)(b) Peraturan-Peraturan

Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990];

(b)

suami atau isteri yang bukan warganegara Malaysia kepada warganegara Malaysia;

P.U. (A) 260 3

(c)

seseorang yang bukan warganegara Malaysia yang memegang suatu Pas Pekerjaan yang dikeluarkan di bawah subperaturan 9(1) Peraturan-Peraturan

Imigresen 1963 [L.N. 228/63];

(d)

seseorang yang bukan warganegara Malaysia yang memegang suatu Pas Pelajar yang dikeluarkan di bawah subperaturan 13(1) Peraturan-Peraturan

Imigresen 1963 [L.N. 228/63];

(e)

seseorang yang bukan warganegara Malaysia yang memegang suatu Pas Kerja bagi Sabah yang dikeluarkan di bawah subperaturan 16(1)

Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/63];

(f)

seseorang yang bukan warganegara Malaysia yang memegang suatu Pas Residen yang dikeluarkan di bawah subperaturan 16A(1) Peraturan-Peraturan

Imigresen 1963 [L.N. 228/63]; atau

(g)

seseorang yang bukan warganegara Malaysia yang memegang suatu Pas Lawatan yang dikeluarkan di bawah perenggan 2 Perintah Imigresen (Program

Malaysia Rumah Keduaku) (Pengecualian) 2006

[P.U. (A) 277/2006];’;

(b)

dengan menggantikan catatan 2 dengan catatan yang berikut:

“2.

Semua fi dalam Jadual ini adalah fi maksimum yang boleh dikenakan melainkan jika dinyatakan selainnya.”; dan

P.U. (A) 260 4

(c)

dengan memasukkan selepas catatan 2 catatan yang berikut:

“2A.

Pesakit yang merupakan orang asing boleh dikenakan fi tambahan yang tidak melebihi 25% daripada mana-mana fi yang boleh dikenakan dalam Jadual ini.”.

Dibuat 7 Oktober 2016

[KKR/654(336); PN(PU2)601/V]

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 260 5

PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 1998

PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES (PRIVATE HOSPITALS AND OTHER

PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES) (AMENDMENT) ORDER 2016

Preamble

IN exercise of the powers conferred by subsection 106(2)

of the

Private Healthcare Facilities And Services Act 1998 [Act 586], the Minister makes the following order:

Citation and commencement 1.

(1)

This order may be cited as the Private Healthcare Facilities and

Services (Private Hospitals and Other Private Healthcare Facilities) (Amendment)

Order 2016.

(2)

This Order comes into operation on 15 October 2016.

Amendment of Thirteenth Schedule 2.

The Thirteenth Schedule to the Private Healthcare Facilities and Services

(Private Hospitals and Other Private Healthcare Facilities) Regulations 2006

[P.U. (A) 138/2006], are amended in Part A—

(a)

in note 1, by inserting after the definition of “emergency” the following definition:

‘ “foreign person” means a person who is not a citizen of Malaysia but does not include—

(a)

a person who is not a citizen of Malaysia holding an identity card issued under paragraph 5(3)(b)

of the National Registration Regulations 1990

[P.U. (A) 472/1990];

(b)

a non-citizen spouse of a citizen of Malaysia;

P.U. (A) 260 6

(c)

a person who is not a citizen of Malaysia holding an

Employment

Pass issued under subregulation 9(1)

of the

Immigration

Regulations 1963 [L.N. 228/63];

(d)

a person who is not a citizen of Malaysia holding a Student’s Pass issued under subregulation 13(1)

of the Immigration Regulations 1963 [L.N. 228/63];

(e)

a person who is not a citizen of Malaysia holding a

Work

Pass for

Sabah issued under subregulation 16(1)

of the

Immigration

Regulations 1963 [L.N. 228/63];

(f)

a person who is not a citizen of Malaysia holding a

Residence

Pass issued under subregulation 16A(1)

of the

Immigration

Regulations 1963 [L.N. 228/63]; or

(g)

a person who is not a citizen of Malaysia holding a

Visit

Pass issued under paragraph 2 of the

Immigration

(Malaysia

My

Second

Home

Programme)

(Exemption)

Order 2006

[P.U. (A) 277/2006];’;

(b)

by substituting for note 2 the following note:

“2.

All fees in this Schedule are the maximum chargeable fees unless specified otherwise.”; and

P.U. (A) 260 7

(c)

by inserting after note 2 the following note:

“2A.

A patient who is a foreign person may be charged with an additional fee not exceeding 25% of any chargeable fee in this

Schedule.”.

Made 7 October 2016

[KKR/654(336); PN(PU2)601/V]

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

Minister of Health