Skip to content
P.U. (A)In force

Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2024
Sections
4

Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 292 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (A) 292

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERINTAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN (PENGECUALIAN BAGI LOJI YANG

MENGHENDAKI PERAKUAN KELAYAKAN DI TEMPAT

KERJA PETRONAS DI DALAM ZON MARITIM) 2024

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

(EXEMPTION FOR PLANT REQUIRING CERTIFICATE OF

FITNESS AT THE PLACE OF WORK OF PETRONAS

WITHIN MARITIME ZONES) ORDER 2024

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 292 2

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

PERINTAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

(PENGECUALIAN BAGI LOJI YANG MENGHENDAKI PERAKUAN KELAYAKAN

DI TEMPAT KERJA PETRONAS DI DALAM ZON MARITIM) 2024

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 67A Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], Menteri, atas syor Ketua Pengarah, membuat perintah yang berikut: Nama

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja PETRONAS di dalam Zon Maritim) 2024.

Tafsiran

Dalam Perintah ini—

“loji yang menghendaki perakuan kelayakan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024 [P.U. (A) 99/2024];

“PETRONAS” ertinya Petroliam Nasional Berhad sebagaimana yang disebut dalam subseksyen 3(1) Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144];

“standard yang diiktiraf” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki

Perakuan Kelayakan) 2024;

“zon maritim”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 [Akta 660].

P.U. (A) 292 3

Pengecualian

Menteri mengecualikan tiap-tiap loji yang menghendaki perakuan kelayakan di tempat kerja yang dimiliki oleh PETRONAS di dalam zon maritim daripada pemakaian seksyen 27C, 27D dan 27E Akta dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024.

Syarat pengecualian

Pengecualian di bawah perenggan 3 adalah tertakluk pada syarat bahawa

PETRONAS hendaklah—

(a)

menubuhkan suatu badan kawal selia bagi maksud pengurusan tiap-tiap loji yang menghendaki perakuan kelayakan di tempat kerja yang dimiliki oleh PETRONAS di dalam zon maritim;

(b)

mengemukakan pelan kerja tahunannya berkenaan dengan pengurusan integriti loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu kepada

Ketua Pengarah;

(c)

memastikan bahawa loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu direka bentuk, dibina, dipasang, diuji dan diperiksa mengikut standard yang diiktiraf;

(d)

memastikan bahawa hanya individu yang layak yang menjaga atau terlibat dalam pemasangan, pendirian, pembukaan, pengujian, pemeriksaan, penyenggaraan, pembaikan, penservisan, pengendalian atau penanganan, atau penjagaan, loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu;

(e)

memastikan bahawa loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu diperiksa oleh pemeriksa yang telah ditentusahkan oleh Ketua Pengarah; dan

P.U. (A) 292 4

(f)

memastikan bahawa apa-apa rekod yang berhubungan dengan loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu disenggara dengan sepatutnya dan hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh

Ketua Pengarah.

Dibuat 4 Oktober 2024

[KSM.PUU(S)600-1/2/9/8(10); PN(PU2)541/JLD.14]

SIM CHEE KEONG

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 292 5

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (EXEMPTION FOR PLANT REQUIRING

CERTIFICATE OF FITNESS AT THE PLACE OF WORK OF PETRONAS

WITHIN MARITIME ZONES) ORDER 2024

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by section 67A of the Occupational Safety and Health Act 1994 [Act 514], the Minister, upon the recommendation of the Director General, makes the following order: Citation 1. This order may be cited as the Occupational Safety and Health (Exemption for Plant Requiring Certificate of Fitness at the Place of Work of PETRONAS within Maritime Zones) Order 2024. Interpretation 2. In this Order— "plant requiring certificate of fitness" has the meaning assigned to it in the Occupational Safety and Health (Plant Requiring Certificate of Fitness) Regulations 2024 [P.U. (A) 99/2024]; “PETRONAS” means Petroliam Nasional Berhad as referred to in subsection 3(1) of the Petroleum Development Act 1974 [Act 144]; "recognized standard" has the meaning assigned to it in the Occupational Safety and Health (Plant Requiring Certificate of Fitness) Regulations 2024; "maritime zones" has the meaning assigned to it in the Baselines of Maritime Zones Act 2006 [Act 660]. P.U. (A) 292 6 Exemption 3. The Minister exempts every plant requiring certificate of fitness at the place of work owned by PETRONAS within the maritime zones from the application of sections 27C, 27D and 27E of the Act and the Occupational Safety and Health (Plant Requiring Certificate of Fitness) Regulations 2024. Conditions of exemption 4. The exemption under paragraph 3 is subject to the conditions that PETRONAS shall—

(a)

establish a regulatory body for the purposes of management of every plant requiring certificate of fitness at the place of work owned by PETRONAS within the maritime zones;

(b)

submit its annual work plan in respect of the management of the integrity of the plant requiring certificate of fitness to the Director General;

(c)

ensure that the plant requiring certificate of fitness is designed, constructed, installed, tested and inspected in accordance with recognized standard;

(d)

ensure that only qualified individuals are in charge of or involved in the installation, erection, dismantling, testing, inspection, maintenance, repair, servicing, operation or handling of, or attendance on, the plant requiring certificate of fitness;

(e)

ensure that the plant requiring certificate of fitness is inspected by an inspector who has been verified by the Director General; and

(f)

ensure that any record relating to the plant requiring certificate of fitness is properly maintained and shall be submitted for inspection upon direction by the Director General.

P.U. (A) 292 7

Made 4 October 2024

[KSM.PUU(S)600-1/2/9/8(10); PN(PU2)541/JLD.14]

SIM CHEE KEONG

Minister of Human Resources

Common questions

What is Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024?
Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 292 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024 still in force?
Yes — Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024 is currently in force.
When did Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024 take effect?
Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024 have?
Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024?
The official text of Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.