Skip to content

Seksyen 4

Pengecualian di bawah perenggan 3 adalah tertakluk pada syarat bahawa

of Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengecualian bagi Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan di Tempat Kerja Petronas di dalam Zon Maritim) 2024

P.U. (A)In forceProvision 4 of 4
Seksyen 4

PETRONAS hendaklah—

(a)

menubuhkan suatu badan kawal selia bagi maksud pengurusan tiap-tiap loji yang menghendaki perakuan kelayakan di tempat kerja yang dimiliki oleh PETRONAS di dalam zon maritim;

(b)

mengemukakan pelan kerja tahunannya berkenaan dengan pengurusan integriti loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu kepada

Ketua Pengarah;

(c)

memastikan bahawa loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu direka bentuk, dibina, dipasang, diuji dan diperiksa mengikut standard yang diiktiraf;

(d)

memastikan bahawa hanya individu yang layak yang menjaga atau terlibat dalam pemasangan, pendirian, pembukaan, pengujian, pemeriksaan, penyenggaraan, pembaikan, penservisan, pengendalian atau penanganan, atau penjagaan, loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu;

(e)

memastikan bahawa loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu diperiksa oleh pemeriksa yang telah ditentusahkan oleh Ketua Pengarah; dan

P.U. (A) 292 4

(f)

memastikan bahawa apa-apa rekod yang berhubungan dengan loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu disenggara dengan sepatutnya dan hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh

Ketua Pengarah.

Dibuat 4 Oktober 2024

[KSM.PUU(S)600-1/2/9/8(10); PN(PU2)541/JLD.14]

SIM CHEE KEONG

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 292 5

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (EXEMPTION FOR PLANT REQUIRING

CERTIFICATE OF FITNESS AT THE PLACE OF WORK OF PETRONAS

WITHIN MARITIME ZONES) ORDER 2024