Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“loji yang menghendaki perakuan kelayakan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024 [P.U. (A) 99/2024];
“PETRONAS” ertinya Petroliam Nasional Berhad sebagaimana yang disebut dalam subseksyen 3(1) Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144];
“standard yang diiktiraf” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki
Perakuan Kelayakan) 2024;
“zon maritim”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 [Akta 660].
P.U. (A) 292 3