Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Syarat pengecualian
PETRONAS hendaklah—
(a)
menubuhkan suatu badan kawal selia bagi maksud pengurusan tiap-tiap loji yang menghendaki perakuan kelayakan di tempat kerja yang dimiliki oleh PETRONAS di dalam zon maritim;
(b)
mengemukakan pelan kerja tahunannya berkenaan dengan pengurusan integriti loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu kepada
Ketua Pengarah;
(c)
memastikan bahawa loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu direka bentuk, dibina, dipasang, diuji dan diperiksa mengikut standard yang diiktiraf;
(d)
memastikan bahawa hanya individu yang layak yang menjaga atau terlibat dalam pemasangan, pendirian, pembukaan, pengujian, pemeriksaan, penyenggaraan, pembaikan, penservisan, pengendalian atau penanganan, atau penjagaan, loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu;
(e)
memastikan bahawa loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu diperiksa oleh pemeriksa yang telah ditentusahkan oleh Ketua Pengarah; dan
P.U. (A) 292 4
(f)
memastikan bahawa apa-apa rekod yang berhubungan dengan loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu disenggara dengan sepatutnya dan hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh
Ketua Pengarah.
Dibuat 4 Oktober 2024
[KSM.PUU(S)600-1/2/9/8(10); PN(PU2)541/JLD.14]
SIM CHEE KEONG
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 292 5
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (EXEMPTION FOR PLANT REQUIRING
CERTIFICATE OF FITNESS AT THE PLACE OF WORK OF PETRONAS
WITHIN MARITIME ZONES) ORDER 2024