Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan Jadual Pertama) (No. 2) 2018.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Perintah Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan Jadual Pertama) (No. 2) 2018 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 351 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969
PERINTAH KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN JADUAL PERTAMA)
(No.2)2018
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan Jadual Pertama) (No. 2) 2018.
Jadual Pertama kepada Akta dipinda dalam perenggan (12)—
dalam subperenggan (i), dengan memotong perkataan "atau" di hujung subperenggan itu;
dalam subperenggan (ii), dengan memotong perkataan "atau" di hujung subperenggan itu;
dalam subperenggan (iii), dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan itu dengan perkataan "; dan"; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (iii) subperenggan yang berikut:
“(iv) seseorang pekerja asing, kecuali—
orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990];
memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;
dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990; dan
orang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.".
Dibuat 21 Disember 2018 [KSM/PUU(S)600-1/2/11/6Jld.2; PN(PU2)58/XXII]
M. KULASEGARAN
Menteri Sumber Manusia
EMPLOYEES' SOCIAL SECURITY ACT 1969
EMPLOYEES' SOCIAL SECURITY (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) (No.2) ORDER 2018
Opening note
This order may be cited as the Employees' Social Security (Amendment of First Schedule) (No.2) Order 2018.
Amendment of First Schedule
The First Schedule to the Act is amended in paragraph (12)—
in subparagraph (iii), by substituting for the full stop at the end of the subparagraph the words "; and"; and
by inserting after subparagraph (iii) the following subparagraph:
“(iv) a foreign worker, except—
a non-citizen who is residing permanently in Malaysia and issued with an identity card as described under paragraph 5(3)(b) of the National Registration Regulations 1990 [P.U. (A) 472/1990];
lawfully enters Malaysia under a valid immigration pass or permit;
is issued with an identity card as described under paragraph 5(3)(c) of the National Registration Regulations 1990; and
a person who is born in Malaysia but whose citizenship status cannot be determined, and issued with an identity card as described under paragraph 5(3)(c) of the National Registration Regulations 1990.".
Made 21 December 2018
[KSM/PUU(S)600-1/2/11/6Jld.2; PN(PU2)58/XXII]
M. KULASEGARAN Minister of Human Resources
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.