Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Koperasi (Pengambilalihan
Kawalan) (Pelantikan Semula) 2014.
/akn/my/act/pua/2014/173
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH KOPERASI (PENGAMBILALIHAN KAWALAN) (PELANTIKAN SEMULA) 2014 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 173 2014, currently marked in force and first recorded in 2014.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Koperasi (Pengambilalihan
Kawalan) (Pelantikan Semula) 2014.
Pelantikan semula bagi pengambilalihan kawalan
Suruhanjaya telah melantik semula Syarikat Rakyat Asset Management Sdn. Bhd.
(No. Syarikat 452759-X) iaitu subsidiari kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Berhad untuk mengambil alih kawalan semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal
Koperasi Jimat Cermat Dan Pinjaman Mercantile Berhad dan perbadanan yang berkaitan dengannya, dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya berkuat kuasa mulai 15 Jun 2012 hingga 14 Jun 2013.
Kos dan perbelanjaan
Apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Suruhanjaya berhubung dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 2 hendaklah kena dibayar daripada dana dan harta Koperasi Jimat Cermat Dan Pinjaman Mercantile Berhad sebagai suatu caj pertama.
Dibuat 10 Jun 2014
[SKM.IP.(Sulit)690/49 SJ.1 JLD. 3(48); PN(PU2)527/XVI]
DATUK NIK ALI BIN MAT YUNUS
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
P.U. (A) 173 3
CO-OPERATIVE SOCIETIES ACT 1993
CO-OPERATIVE SOCIETIES (ASSUMPTION OF CONTROL) (REAPPOINTMENT)
ORDER 2014
Opening note