Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Jika terdapat sesuatu sebutan tentang seseorang Menteri dengan sesuatu gelaran atau nama jawatan tertentu dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan mana-mana fungsi di bawah undang-undang bertulis itu dan gelaran atau nama jawatan itu diubah melalui Perintah ini, sebutan itu hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang Menteri dengan gelaran atau nama jawatan yang baharu itu.
(2)
Jika terdapat sesuatu sebutan tentang seseorang Menteri dengan sesuatu gelaran atau nama jawatan tertentu dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan mana-mana fungsi di bawah undang-undang bertulis itu dan fungsi itu telah dipindahkan melalui Perintah ini kepada seorang Menteri yang lain, sebutan itu hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang Menteri yang kepadanya fungsi itu telah dipindahkan.
P.U. (A) 27 4