Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“nota pelaburan” ertinya apa-apa kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain yang membuktikan suatu pinjaman wang, yang dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui suatu platform elektronik, yang pelabur menjangkakan pulangan kewangan, tetapi tidak termasuk—
(a)
apa-apa hak, opsyen atau kepentingan berkenaan dengan kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain itu;
(b)
cek, draf bank atau apa-apa bil pertukaran yang lain atau surat kredit;
(c)
nota bank, jaminan atau polisi insurans; atau
(d)
penyata, buku akaun bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan;
P.U. (A) 126 3
“nota pelaburan Islam” ertinya apa-apa kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain yang membuktikan pemilikan yang tidak berbelah bahagi atau pelaburan dalam apa-apa aset yang mematuhi prinsip Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat
Syariah, dan dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui suatu platform elektronik, yang pelabur menjangkakan pulangan kewangan, tetapi tidak termasuk—
(a)
apa-apa hak, opsyen atau kepentingan berkenaan dengan kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain itu;
(b)
cek, draf bank atau apa-apa bil pertukaran yang lain atau surat kredit;
(c)
nota bank, jaminan atau polisi takaful; atau
(d)
penyata, buku akaun bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan.
Nota pelaburan ditetapkan sebagai sekuriti