P.U. (A) · As enacted
Perintah Pasport (Visa Kepada Warganegara Republik Maldives) (Pengecualian) 2016
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pasport (Visa kepada
Warganegara Republik Maldives) (Pengecualian) 2016.
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2016.
s 2Tafsiran
Dalam Perintah ini, “dokumen perjalanan yang sah” ertinya Pasport Diplomatik,
Rasmi, Biasa atau Kecemasan yang dikeluarkan kepada warganegara Republik Maldives.
s 3Pengecualian
Menteri mengecualikan semua warganegara Republik Maldives yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah daripada keperluan visa yang dikehendaki di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
tempoh Pas Lawatan Sosial yang diberikan kepada warganegara
Republik Maldives hanya terhad kepada sembilan puluh hari bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh;
warganegara Republik Maldives hendaklah masuk dan keluar dari
Malaysia hanya melalui pintu masuk yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63
[Akta 155]; dan 3
apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Imigresen.
Dibuat 29 Mei 2016
[KDN(S): 03/426/1/134; PN(PU2)482]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
4
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (VISA TO THE CITIZEN OF THE REPUBLIC OF MALDIVES)
(EXEMPTION) ORDER 2016