Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (A)

Perintah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2014

Feedback & support

The text

21 April 2014 21 April 2014

P.U. (A) 110

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

(PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2014

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

(AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2014

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 110 2

AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001

PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

(PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2014

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Akta Pembangunan Sumber

Manusia Berhad 2001 [Akta 612], Menteri membuat perintah yang berikut:

s 1Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pembangunan Sumber

Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2014.

(2)

Perintah ini mula berkuat kuasa pada 21 April 2014.

s 2Pindaan Jadual Pertama

Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001

dipinda—

(a)

dalam Bahagian I, dalam perenggan “A. Sektor Perkilangan”, dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang berikut:

“(3)

Perubahan bilangan pekerja

Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan A(1) menjadi kurang daripada lima puluh orang atau modal berbayar bagi majikan di bawah subperenggan A(2)

menjadi kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu.”;

P.U. (A) 110 3

(b)

dalam Bahagian I, dalam perenggan “B. Sektor Perkhidmatan”—

(i)

dalam subperenggan (1)—

(A)

dengan menggantikan butiran (iii) dengan butiran yang berikut:

“(iii)

Pengusahaan pelancongan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan perniagaan, pengendalian atau pengurusan pelancongan dalam negeri atau ke luar negeri atau apa-apa perniagaan agensi pengembaraan mengikut pengertian Akta Industri

Pelancongan 1992 [Akta 482];”;

(B)

dengan menggantikan butiran (xiia) dengan butiran yang berikut:

“(xiia) Pengangkutan darat perdagangan, iaitu penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat

(tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan kereta api), terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat atau perkhidmatan pengangkutan awam darat itu, termasuk penyediaan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan bagi mengangkut penumpang atau barangan iaitu bas, bas carter, bas ekspres, bas pengantara, bas mini, bas berhenti-henti, bas sekolah, bas persiaran, bas lapangan terbang, bas pekerja, teksi lapangan terbang, kereta sewa, teksi mewah, teksi, dan kereta sewa dan pandu bagi pelancong;”;

P.U. (A) 110 4

(C)

dalam butiran (xxi), dengan mengantikan noktah di hujung butiran itu dengan koma bernoktah; dan

(D)

dengan memasukkan selepas butiran (xxi) butiran yang berikut:

“(xxii) Perbekalan gas, wap dan pendingin udara, iaitu pengumpulan, pembekalan, pengagihan atau penyediaan gas, wap dan pendingin udara termasuk pengagihan bahan api berunsur gas melalui saluran utama, pengumpulan dan pengagihan wap dan air panas bagi maksud pemanasan, tenaga atau maksud lain, pengagihan udara dingin atau air yang disejukkan bagi maksud pendinginan, dan pembekalan ais bagi maksud makanan dan bukan makanan atau bagi maksud pendinginan;

(xxiii)

Perawatan dan pembekalan air, iaitu proses perawatan air daripada pelbagai sumber dan pembekalan atau pengagihan air melalui pelbagai cara bagi keperluan domestik dan industri;

(xxiv)

Pembetungan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan, penyenggaraan atau pengendalian sistem pembetungan atau kemudahan rawatan kumbahan termasuk penakungan dan rawatan air buangan dari kawasan kediaman atau perindustrian yang dibawa melalui apa-apa cara jua bagi maksud pelambakan, pelupusan atau penukaran kepada bentuk bukan toksik;

(xxv)

Perkhidmatan pengurusan sisa dan pemulihan semula bahan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110 5

pengumpulan, rawatan atau pelupusan bahan sisa pepejal, cecair atau bergas yang dibuang, ditolak, tidak dikehendaki atau ditinggalkan untuk diguna semula, dikitar semula, diproses semula, dipulih semula atau ditulenkan melalui suatu proses yang berasingan termasuk aktiviti pemulihan dan perkhidmatan pengurusan sisa yang lain;

(xxvi)

Penerbitan wayang gambar, video dan program televisyen, rakaman bunyi dan penerbitan muzik, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan—

(A)

pembuatan atau penerbitan wayang gambar, filem, video dan program televisyen atau iklan komersial;

(B)

aktiviti pascapenerbitan filem, video dan program televisyen, atau iklan komersial untuk radio, televisyen atau filem;

(C)

aktiviti pengedaran atau aktiviti bagi mendapatkan hak pengedaran filem, pita video, DVD atau penerbitan yang seumpamanya bagi maksud komersial;

(D)

aktiviti penayangan wayang gambar atau pita video;

(E)

penerbitan rakaman induk (bunyi) asal, perkhidmatan rakaman bunyi dan perkhidmatan yang berkaitan; atau

P.U. (A) 110 6

(F)

aktiviti penerbitan muzik dan perkhidmatan yang berkaitan;

(xxvii)

Perkhidmatan maklumat, iaitu penyediaan dan pembekalan data, pengetahuan atau maklumat kepada pelanggan bagi maksud komersial termasuk penyediaan perkhidmatan memproses data dan perkhidmatan pengehosan, perkhidmatan portal web, perkhidmatan agensi berita dan sindiket berita, dan perkhidmatan yang berkaitan;

(xxviii)

Perkhidmatan bangunan dan landskap, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan pengurusan, penyenggaraan, penjagaan atau pembersihan bangunan, landskap, kelengkapan enjin, jentera atau pembersihan perindustrian yang lain;

(xxix)

Perkhidmatan pengurusan acara, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan pengurusan, promosi atau penganjuran konvensyen, pameran perniagaan atau perdagangan, atau acara awam atau persendirian;

(xxx)

Pendidikan awal kanak-kanak, iaitu penyediaan penjagaan atau pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur di bawah enam tahun oleh taman bimbangan kanak-kanak dan taman didikan kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat ini tetapi tidak termasuk penjagaan atau pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh taman bimbingan kanak-kanak atau taman didikan

P.U. (A) 110 7

kanak-kanak yang dimiliki atau yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau oleh mana-mana badan berkanun;

(xxxi)

Perkhidmatan sokongan kesihatan, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perkhidmatan makmal perubatan atau kesihatan, pusat dialisis, pusat fisioterapi atau terapi pekerjaan, akupuntur, atau ahli herba dan homeopati, tetapi tidak termasuk—

(A)

aktiviti hospital dan rumah bersalin;

(B)

aktiviti amalan perubatan am atau pergigian;

(C)

aktiviti penjagaan di rumah;

(D)

perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh jururawat, bidan, ahli krioterapi, tukang urut tradisional, pengamal

Ayurveda atau pengamal perubatan alternatif lain, atau pengamal paramedikal;

(E)

perkhidmatan ambulan; dan

(F)

perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain mengikut pengertian Akta Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

[Akta 586];

P.U. (A) 110 8

(xxxii)

Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perjanjian francais atau yang melibatkan pembelian hak untuk menjual atau mengedar produk, perkhidmatan, maklumat, teknik atau harta intelek tertentu oleh pemegang francais daripada pemberi francais. Perkataan "francais" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Francais 1998 [Akta 590];

(xxxiii)

Penjualan dan pembaikan kenderaan bermotor, iaitu perdagangan atau penjualan, sama ada secara borong atau runcit, apa-apa jenis kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor oleh pengilang, pembekal, pemborong, peruncit atau ejen dan penyediaan perkhidmatan yang bersampingan dengan penjualan kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor itu atau penyediaan perkhidmatan selepas jualan secara berkala, termasuk penyenggaraan atau pembaikan, semasa atau selepas sesuatu kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor dijual;

(xxxiv)

Perkhidmatan penyiaran swasta, iaitu apa-apa aktiviti bagi mencipta kandungan atau mendapatkan hak untuk mengedarkan kandungan bagi rancangan radio, televisyen atau rancangan kabel dan penyiaran kandungan itu kepada umum;

(xxxv)

Sekolah memandu, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan perkhidmatan oleh sesuatu sekolah memandu atau institut memandu;

P.U. (A) 110 9

(xxxvi)

Perkhidmatan veterinar, iaitu penyediaan perkhidmatan pengawalan dan penjagaan kesihatan untuk haiwan ternakan atau peliharaan oleh doktor veterinar atau pekerja veterinar termasuk—

(A)

pemeriksaan klinikopatologi dan diagnosis;

(B)

diagnosis, penyembuhan, peringanan, rawatan atau pencegahan apa-apa penyakit, kecacatan, luka atau kecederaan pada haiwan;

(C)

perkhidmatan ambulan haiwan; dan

(D)

perkhidmatan ujian spesimen haiwan.

Perkataan “perkhidmatan veterinar” hendaklah termasuk kesemua aktiviti atau perkhidmatan yang disediakan oleh klinik haiwan, pusat veterinar atau hospital veterinar.”;

(ii)

dalam subperenggan (2), dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “majikan dengan lima sepuluh” dengan perkataan “majikan yang mempunyai lima puluh”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang berikut:

Kelas Majikan

“(3) Majikan yang mempunyai tiga puluh orang

Industri

Perkhidmatan makanan dan minuman, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti

P.U. (A) 110 10

pekerja atau lebih mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan perkhidmatan bekalan makanan atau minuman untuk pelanggan atau untuk suatu acara (tetapi tidak termasuk aktiviti pengilangan makanan dan minuman).

(4)

Perubahan bilangan pekerja

Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan B(2) menjadi kurang daripada lima puluh orang atau bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan B(3) menjadi kurang daripada tiga puluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu.”;

(c)

dalam Bahagian I, dengan menggantikan perenggan “C. Perubahan bilangan perkerja” dengan perenggan yang berikut:

Kelas Majikan

Industri

“C.

Sektor Perlombongan dan Pengkuarian

(1)

Majikan yang mempunyai lima puluh orang pekerja atau lebih

Perlombongan dan pengkuarian, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan proses pengekstrakan mineral yang terjadi secara semula jadi sebagai pepejal, cecair atau gas

P.U. (A) 110 11

termasuklah—

(A)

perlombongan batu arang keras dan lignit

(batu arang coklat atau perang), bijih besi, bijih logam bukan besi, atau mineral kimia dan baja;

(B)

perlombongan atau pengkuarian bahan pelelas, asbestos, mil fosil bersilikon, grafit semula jadi, steatit

(talkum), batu permata, asfalt semula jadi, asfaltit dan batu berasfalt, bitumen pepejal semula jadi, kuartza dan mika;

(C)

pengekstrakan minyak petroleum mentah, syal bitumen atau syal minyak dan pasir tar, gas asli, kondensat, hidrokarbon cecair, metana, etana, butana atau propana;

(D)

pengekstrakan dan penggumpulan tanah gambut dan

P.U. (A) 110 12

garam, termasuk pengekstrakan garam melalui penyejatan air laut atau air masin lain;

(E)

pengkuarian batu, pasir dan tanah liat; atau

(F)

perkhidmatan sokongan khusus perlombongan atau pengkuarian yang disediakan berdasarkan fi atau kontrak.

(2)

Majikan yang mempunyai sepuluh orang pekerja atau lebih tetapi kurang daripada lima puluh orang pekerja dan mempunyai modal berbayar sebanyak dua juta lima ratus ribu ringgit

(RM2,500,000) dan ke atas

(3)

Perubahan bilangan pekerja

Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan C(1) menjadi kurang daripada lima puluh orang atau modal berbayar bagi majikan di bawah subperenggan C(2) menjadi kurang daripada dua juta

P.U. (A) 110 13

lima ratus ribu ringgit, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu.”; dan

(d)

dengan menggantikan Bahagian II dengan Bahagian yang berikut:

“BAHAGIAN II

Kelas Majikan

Industri

Majikan yang mempunyai sepuluh orang pekerja atau lebih tetapi kurang daripada lima puluh orang pekerja dan mempunyai modal berbayar sebanyak kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit

(RM2,500,000)

(i)

Pengilangan, iaitu pembuatan atau pemprosesan sesuatu barang dengan menggunakan buruh atau mesin atau kedua-duanya, termasuk mengubah bahagian atau komponen kepada barang lain yang mempunyai sifat atau ciri yang berbeza melalui pengubahan, pengadunan, penghiasan, pengemasan atau selainnya mengawet atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan supaya ia dapat digunakan, dijual, diangkut, dihantar atau dilupuskan, termasuk pembinaan kapal atau pemasangan bahagian-bahagian kapal;

(ii)

Perlombongan dan pengkuarian, iaitu apa-apa perniagaan atau

P.U. (A) 110 14

aktiviti yang melibatkan proses pengekstrakan mineral yang terjadi secara semula jadi sebagai pepejal, cecair atau gas termasuklah—

(A)

perlombongan batu arang keras dan lignit

(batu arang coklat atau perang), bijih besi, bijih logam bukan besi, atau mineral kimia dan baja;

(B)

perlombongan atau pengkuarian bahan pelelas, asbestos, mil fosil bersilikon, grafit semula jadi, steatit

(talkum), batu permata, asfalt semula jadi, asfaltit dan batu berasfalt, bitumen pepejal semula jadi, kuartza dan mika;

(C)

pengekstrakan minyak petroleum mentah, syal bitumen atau syal minyak dan pasir tar, gas asli, kondensat, hidrokarbon cecair, metana, etana, butana atau propana;

P.U. (A) 110 15

(D)

pengekstrakan dan penggumpulan tanah gambut dan garam, termasuk pengekstrakan garam melalui penyejatan air laut atau air masin lain;

(E)

pengkuarian batu, pasir dan tanah liat; atau

(F)

perkhidmatan sokongan khusus perlombongan atau pengkuarian yang disediakan berdasarkan fi atau kontrak.”.

Dibuat 16 April 2014

[KSM/PUU/(S)/600-1/2/8/10; PN(PU2)616/III]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 110 16

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF

FIRST SCHEDULE) ORDER 2014

Preamble

IN exercise of the powers conferred by section 49 of the Pembangunan Sumber Manusia

Berhad Act 2001 [Act 612], the Minister makes the following order:

Citation and commencement 1.

(1)

This order may be cited as the Pembangunan Sumber Manusia Berhad

(Amendment of First Schedule) Order 2014.

(2)

This Order comes into operation on 21 April 2014.

Amendment of First Schedule 2.

The First Schedule to the Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001

is amended—

(a)

in Part I, in paragraph “A. Manufacturing Sector”, by inserting after subparagraph (2) the following subparagraph:

“(3)

Change of number of employees

In the event that the number of employees of the employer under subparagraph A(1) decreases to below fifty or the paid-up capital of the employer under subparagraph A(2) decreases to below two million five hundred thousand ringgit, the rate of levy imposed shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the employees.”;

P.U. (A) 110 17

(b)

in Part I, in paragraph “B. Service Sector”—

(i)

in subparagraph (1)—

(A)

by substituting for item (iii) the following item:

“(iii)

Tourism enterprise, that is, any activity involving the business, organization or management of inbound or outbound tours or any travel agency business within the meaning of the Tourism Industry Act 1992

[Act 482];”;

(B)

by substituting for item (xiia) the following item:

“(xiia) Commercial land transport, that is, the provision of land public transport services (excluding railway transport services), terminals, facilities, networks, systems, operations and other services associated with such land public transport or land public transport services, including the provision of public service vehicles and goods vehicles for carrying passengers or goods, namely the bus, charter bus, express bus, feeder bus, mini bus, stage bus, school bus, excursion bus, airport bus, employees bus, airport taxi cab, hire car, limousine taxi cab, taxi cab, and hire and drive car for tourists;”;

(C)

in item (xxi), by substituting for the fullstop at the end of the item a semicolon; and

(D)

by inserting after item (xxi) the following items:

P.U. (A) 110 18

“(xxii) Gas, steam and air-conditioning supply, that is, the collection, supply, distribution or provision of gas, steam and air-conditioning including the distribution of gaseous fuels through a main, the collection and distribution of steam and hot water for heating, energy or other purposes, the distribution of cooled air or chilled water for cooling purposes, and the supply of ice for food and non-food or cooling purposes;

(xxiii)

Water treatment and supply, that is, the process of treatment of water from various sources and the supply or distribution of water by various means for domestic and industrial needs;

(xxiv)

Sewerage, that is, any activity involving the provision, maintenance or operation of sewerage systems or sewage treatment facilities including the collection and treatment of waste water from residential or industrial area that is carried away by any means whatsoever for dumping, disposal or conversion into a non-toxic form purposes;

(xxv)

Waste management and material recovery services, that is, any activity involving the collection, treatment or disposal of solid, liquid or gaseous waste materials which are discarded, rejected, unwanted or abandoned to be reused, recycled, reprocessed, recovered or purified by a separate process including remediation activities and other waste management services;

P.U. (A) 110 19

(xxvi)

Production of motion picture, video and television programme, sound recording and music publishing, that is, any business or activity of any description involving—

(A)

the making or production of motion pictures, films, videos and television programmes or commercial messages;

(B)

film, video and television programme, or commercial message post-production activities for radio, television or film;

(C)

distribution activities or activities of acquiring distribution rights for films, video tapes, DVDs or similar productions for commercial purposes;

(D)

motion pictures or video tapes projection activities;

(E)

production of original

(sound)

master recordings, sound recording services and related services; or

(F)

music publishing activities and related services;

(xxvii)

Information service, that is, the provision and supply of data, knowledge or information to customers for commercial purposes including the provision of data processing and hosting services,

P.U. (A) 110 20

web portals services, news agencies and news syndicate services, and related services;

(xxviii)

Building and landscape services, that is, any business or activity involving the management, maintenance, upkeeping or cleaning of buildings, landscapes, engine equipment, machinery or other industrial cleanings;

(xxix)

Event management services, that is, any business or activity of any description involving the management, promotion or organization of conventions, business or trade shows, or public or private events;

(xxx)

Early childhood education, that is, the provision of care or early education to the children below six years old by nurseries and kindergartens including the provision of special education for handicapped children at this level but excluding the child care or early education provided by nurseries or kindergartens owned or run by any Federal

Government or State Government department or agency, or by any statutory body;

(xxxi)

Health support services, that is, any business or activity involving medical or health laboratory, dialysis centre, physiotherapy or occupational therapy centre, acupuncture, or herbalist and homeopathy services, but excluding—

(A)

hospital and maternity home activities;

P.U. (A) 110 21

(B)

general medical or dental practice activities;

(C)

residential care activities;

(D)

healthcare services provided by nurses, midwives, cryotherapists, traditional masseurs, Ayurveda practitioners or other alternative medicine practitioners or paramedical practitioners;

(E)

ambulance services; and

(F)

other private healthcare services within the meaning of the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586];

(xxxii)

Franchise, that is, in relation to a franchise business, any kind of business or activity involving a franchise agreement or involving the purchase of the right to sell or distribute specific products, services, information, techniques or intellectual property by a franchisee from a franchisor. The word “franchise”

has the meaning assigned to it in the Franchise Act 1998 [Act 590];

(xxxiii)

Sale and repair of motor vehicles, that is, the trade or sale, either by wholesale or retail, of any type of motor vehicle or motor vehicle component by a manufacturer, supplier, wholesaler, retailer or an agent and the rendering of services incidental to the sale of the motor vehicle or motor vehicle component or the provision of periodic after sales services, including the maintenance or repair, during

P.U. (A) 110 22

or after a motor vehicle or motor vehicle component is sold;

(xxxiv)

Private broadcasting services, that is, any activity of creating content or acquiring the right to distribute content for radio, television or cable programmes and the broadcasting of the said content to the public;

(xxxv)

Driving school, that is, any activity involving the provision of services by a driving school or driving institute;

(xxxvi)

Veterinary services, that is, the provision of control and healthcare services for farm or pet animals by veterinarians or veterinary personnel which includes—

(A)

a clinico-pathological examination and diagnosis;

(B)

a diagnosis, cure, mitigation, treatment or prevention of any animal disease, deformity, wound or injury;

(C)

animal ambulance services; and

(D)

testing of animal specimen services.

The words “veterinary services” shall include all the activities or services provided by animal clinics, veterinary centres or veterinary hospitals.”;

P.U. (A) 110 23

(ii)

in subparagraph (2), in the national language text, by substituting for the words “majikan dengan lima sepuluh” the words “majikan yang mempunyai lima puluh”; and

(iii)

by inserting after subparagraph (2) the following subparagraphs:

Class of Employers

“(3) Employers with thirty or more employees

Industry

Food and beverage services, that is, any business or activity of any description involving food or drink provision services for customers or for an event

(but excluding food and beverages manufacturing activities).

(4)

Change of number of employees

In the event that the number of employees of the employer under subparagraph B(2) decreases to below fifty or the number of employees of the employer under subparagraph B(3) decreases to below thirty, the rate of levy imposed shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the employees.”;

(c)

in Part I, by substituting for paragraph “C. Change of number of employees” the following paragraph:

Class of Employers

Industry

“C.

Mining and Quarrying Sector

P.U. (A) 110 24

(1)

Employers with fifty or more employees

Mining and quarrying, that is, any business or activity involving the process of extracting minerals occurring naturally as solid, liquid or gas which includes—

(A)

mining of hard coal and lignite (brown coal), iron ores, non-ferrous metal ores, or chemical and fertilizer minerals;

(B)

mining or quarrying of abrasive materials, asbestos, siliceous fossil meals, natural graphite, steatite

(talc), gemstones, natural asphalt, asphaltites and asphaltic rock, natural solid bitumen, quartz and mica;

(C)

extraction of crude petroleum oils, bituminous or oil

P.U. (A) 110 25

shale and tar sand, natural gas, condensates, liquid hydrocarbon, methane, ethane, butane or propane;

(D)

extraction and agglomeration of peat soil and salt, including extraction of salt by evaporation of sea water or other saline water;

(E)

quarrying of stone, sand and clay; or

(F)

mining or quarrying specialized support services provided on fee or contract basis.

(2)

Employers with ten or more but less than fifty employees and with a paid-up capital of two million five hundred thousand ringgit (RM2,500,000)

and above

P.U. (A) 110 26

(3)

Change of number of employees

In the event that the number of employees of the employer under subparagraph C(1) decreases to below fifty or the paid-up capital of the employer under subparagraph C(2)

decreases to below two million five hundred thousand ringgit, the rate of levy imposed shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the employees.”;

and

(d)

by substituting for Part II the following Part:

“PART II

Class of employers

Industry

Employers with ten or more but less than fifty employees and with a paid-up capital of less than two million five hundred thousand ringgit

(RM2,500,000)

(i)

Manufacturing, that is, the making or processing of an article by labour or machine or both, including the transformation of parts or components into another article of a different nature or character by way of altering, blending, ornamenting, finishing or otherwise treating or adapting any article or substance with a view to its use, sale, transport, delivery or disposal, including the building of a ship or the assembly of parts of a ship;

P.U. (A) 110 27

(ii)

Mining or quarrying, that is, any business or activity involving the process of extracting minerals occurring naturally as solid, liquid or gas which includes—

(A)

mining of hard coal and lignite (brown coal), iron ores, non-ferrous metal ores, or chemical and fertilizer minerals;

(B)

mining or quarrying of abrasive materials, asbestos, siliceous fossil meals, natural graphite, steatite

(talc), gemstones, natural asphalt, asphaltites and asphaltic rock, natural solid bitumen, quartz and mica;

(C)

extraction of crude petroleum oils, bituminous or oil shale and tar sand, natural gas, condensates, liquid hydrocarbon, methane, ethane, butane or propane;

(D)

extraction and agglomeration of peat soil

P.U. (A) 110 28

Made 16 April 2014

[KSM/PUU/(S)/600-1/2/8/10; PN(PU2)616/III]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

Minister of Human Resources and salt, including extraction of salt by evaporation of sea water or other saline water;

(E)

quarrying of stone, sand and clay; or

(F)

mining or quarrying specialized support services provided on fee or contract basis.”.