Skip to content

Seksyen 13A

of Perintah Pemerbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) (Pindaan Jadual Kedua) 1990

P.U. (A)In forceProvision 3 of 3

Seksyen 13A

Tiada perbadanan boleh, tanpa persetujuan bertulis terdahulu daripada Menteri Kewangan, melupuskan, melepaskan atau menukar dengan tunai atau balasan lain mana-mana asetnya melainkan jika Menteri mengarahkan, sama ada secara khusus berkenaan dengan apa-apa aset tertentu, atau secara am berkenaan dengan apa-apa kategori aset, bahawa memandangkan rendahnya nilai aset atau aset-aset itu, persetujuan bertulis terdahulu yang sedemikian tidak perlu diperolehi:

Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidaklah terpakai berkenaan dengan penjualan mana-mana tanah yang telah dipecahbahagikan menjadi lot-lot kilang, perumahan, kedai, tanpa mengira sama ada tanah itu dimaksudkan untuk dijual dengan atau tanpa sutau bangunan didirikan di atasnya.".

Diperbuat pada 14hb Mac 1990. [PM. (R) 11880/A/040/2 Jld. 2; PN. (PU $ ^{2} $ ) 267.]

DATO' AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,

Setiausaha Jemaah Menteri

INCORPORATION (STATE LEGISLATURES COMPETENCY) ACT 1962

INCORPORATION (STATE LEGISLATURES COMPETENCY) (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) ORDER 1990