Skip to content

Seksyen 2

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dipinda dalam Jadual Pertama—

of Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Pindaan Jadual Pertama) 2006

P.U. (A)In forceProvision 2 of 7
Seksyen 2

(a)

dalam Bahagian I-

(i)

dengan menggantikan perenggan 23 dengan perenggan yang berikut:

"23. Aktiviti yang dijalankan oleh syarikat amanah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100]"; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan 23 perenggan yang berikut:

"24. Aktiviti yang dijalankan oleh Perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532].