Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pengangkutan Jalan
(Larangan Penggunaan Jalan) (Jalan Persekutuan) 2019.
/akn/my/act/pua/2019/107
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH PENGANGKUTAN JALAN (LARANGAN PENGGUNAAN JALAN) (JALAN PERSEKUTUAN) 2019 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 107 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pengangkutan Jalan
(Larangan Penggunaan Jalan) (Jalan Persekutuan) 2019.
Pemanduan atau penggunaan kenderaan bermotor dan jentera bergerak yang mempunyai berat tanpa muatan lima ribu kilogram dan lebih (“kenderaan berat”), di atas bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama sebagaimana yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua, pada hari dan masa yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama, dilarang.
Pengecualian
Pengecualian daripada larangan itu hendaklah diberikan bagi maksud dan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
P.U. (A) 107 3
JADUAL PERTAMA
(1)
(2)
Jalan yang baginya Larangan Terpakai
Hari dan Tarikh Larangan
Sebahagian Laluan 17, Jalan Pelabuhan
Pasir Gudang dari koordinat U 1.491637,
T
103.67526
hingga koordinat
U 1.462949, T 103.888095
Tiap-tiap hari
(kecuali hari kelepasan am)
Pagi : 7.00 pagi hingga 9.00 pagi
Petang : 5.00 petang hingga 7.00 petang
P.U. (A) 107 4
JADUAL KEDUA
3
J10 36
J12 188 1409
J106
J105 17
JALAN YANG BAGINYA PERINTAH
LARANGAN TERPAKAI
JALAN PERSEKUTUAN
JALAN NEGERI
NOMBOR LALUAN
PETUNJUK:
Tebrau
Plentong
Pulai
U 1.491637
T 103.67526
U 1.462949
T 103.888095
LEBUH RAYA
3374
P.U. (A) 107 5
JADUAL KETIGA
PENGECUALIAN
1.
Bagi maksud penyelenggaraan, pembaikan, peningkatan, pembersihan dan pemugaran bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama.
2.
Bagi maksud pemacakan, pemasangan, penyelenggaraan, pengubahan atau pengalihan mana-mana struktur, kerja, peralatan atau apa-apa benda di dalam, pada, di bawah atau di atas bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1)
Jadual Pertama.
3.
Bagi maksud diangkut di atas kenderaan selain kenderaan berat.
4.
Bagi maksud perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan oleh agensi
Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
5.
Bagi maksud pemeriksaan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik oleh kenderaan berat seperti lori sampah, lori pembersihan pembentungan dan lori vakum pembentungan.
6.
Jika disebabkan oleh suatu kecemasan, termasuk banjir, penggunaan mana-mana jalan (yang bukannya bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1)
Jadual Pertama) oleh sesuatu kenderaan berat menjadi mustahil atau tidak sesuai, Pegawai yang Menjaga Daerah Polis yang berkenaan boleh, setakat sebagaimana yang difikirkannya perlu, membenarkan kenderaan berat itu untuk menggunakan bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama sebagai jalan alternatif bagi tempoh yang dalamnya penggunaan jalan (yang bukannya bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama) oleh kenderaan berat itu berterusan menjadi mustahil atau tidak sesuai.
P.U. (A) 107 6
Dibuat 11 April 2019
[KKR.PUU.110-1/6/15 Jld.5; PN(PU2)460/CI]
BARU BIAN
Menteri Kerja Raya
P.U. (A) 107 7
ROAD TRANSPORT ACT 1987
ROAD TRANSPORT (PROHIBITION OF USE OF ROAD) (FEDERAL ROADS) ORDER 2019
WHEREAS by P.U. (B) 155/2019 published on 27 March 2019, notice was given of the intention to make an order under section 70 of the Road Transport Act 1987 [Act 333]:
AND WHEREAS no objection was received by the Minister of Works against the making of such order:
NOW THEREFORE, in exercise of the powers conferred by section 70 of the Act, the Minister of Works, after taking into consideration the matters referred to in subsection 70(2) of the Act, makes the following order:
Citation and commencement 1.
(1)
This order may be cited as the Road Transport (Prohibition of Use of
Road) (Federal Roads) Order 2019.
(2)
This Order comes into operation on 12 April 2019.
Prohibition 2.
The driving or use of motor vehicles and mobile machineries with unladen weight of five thousand kilogrammes and more (“heavy vehicles”), on the part of the road specified in column (1) of the First Schedule as shown on the map in the Second
Schedule, on the day and time specified in column (2) of the First Schedule, is prohibited.
Exemption 3.
Exemption from such provision shall be given for the purposes and in circumstances specified in the Third Schedule.
P.U. (A) 107 8
FIRST SCHEDULE
(1)
(2)
Road to which Prohibition Applies
Day and Time of Prohibition
Part of Route 17, Pelabuhan Pasir Gudang Road from coordinates N 1.491637, E 103.67526 to coordinates N 1.462949, E 103.888095
Every day
(except public holidays)
Morning : 7.00 a.m. to 9.00 a.m.
Evening : 5.00 p.m. to 7.00 p.m.
P.U. (A) 107 9
SECOND SCHEDULE
ROAD TO WHICH PROHIBITION
ORDER IS APPLICABLE
FEDERAL ROAD
STATE ROAD
ROUTE NUMBER
LEGEND:
Tebrau
Plentong
Pulai
HIGHWAY
J105 17
J10 36
J12 188 3374 1409
J106 3
N 1.491637
E 103.67526
N 1.462949
E 103.888095
P.U. (A) 107 10
THIRD SCHEDULE
EXEMPTION
1.
For the purposes of maintenance, repair, improvement, cleaning and clearance of the part of the road specified in column (1) of the First Schedule.
2.
For the purposes of erection, installation, maintenance, alteration or removal of any structure, works, apparatus or any thing in, on, under or over the part of the road specified in column (1) of the First Schedule.
3.
For the purposes of being transported on a vehicle other than heavy vehicles.
4.
For the purposes of emergency services and enforcement by the Government agencies and local authorities.
5.
For the purposes of checking, disposal and delivery of domestic waste by heavy vehicles such as garbage truck, sewerage cleaning truck and sewerage vacuum truck.
6.
Where by reason of an emergency, including flood, the use of any road (not being part of the road specified in column (1) of the First Schedule) by a heavy vehicle is rendered impossible or unsuitable, the relevant Officer in Charge of the Police
District may, in so far as he considers necessary, allow the heavy vehicle to use the part of the road specified in column (1) of the First Schedule as an alternative road for the period during which the use of the road (not being part of the road specified in column (1) of the First Schedule) by the heavy vehicle continues to be impossible or unsuitable.
Made 11 April 2019
[KKR.PUU.110-1/6/15 Jld.5; PN(PU2)460/CI]
BARU BIAN
Minister of Works