Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PENGANGKUTAN JALAN (PERIZABAN JALAN SEBAGAI TEMPAT LETAK KERETA BAGI KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2017

Seksyen 4

Tempat letak kereta bagi kenderaan orang kurang upaya

(1)

Tiada seorang pun boleh meletakkan, menempatkan, memberhentikan atau meninggalkan mana-mana kenderaan motor di tempat letak kereta bagi kenderaan orang kurang upaya kecuali kenderaan motor itu mempamerkan pelekat kenderaan orang kurang upaya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

(2)

Pelekat kenderaan orang kurang upaya itu hendaklah dipamerkan pada kedudukan yang mudah dilihat pada kenderaan motor dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar Perintah ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Caj tempat letak kereta

Section 4 — PERINTAH PENGANGKUTAN JALAN (PERIZABAN JALAN SEBAGAI TEMPAT LETAK KERETA BAGI KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2017