Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PENGANGKUTAN JALAN (PERIZABAN JALAN SEBAGAI TEMPAT LETAK KERETA BAGI KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2017

Seksyen 2

Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“orang kurang upaya” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] dan mempunyai pelekat kenderaan orang kurang upaya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan;

“tempat letak kereta bagi kenderaan orang kurang upaya” ertinya suatu ruang atau petak yang dirizabkan khas di atas mana-mana bahagian jalan untuk kemudahan akses bagi maksud meletakkan kenderaan motor untuk orang kurang upaya.