Seksyen 5
Caj tempat letak kereta
P.U. (A)In forceProvision 5 of 7
Seksyen 5
(1)
Mana-mana orang yang meletakkan kenderaan motornya di tempat letak kereta bagi kenderaan orang kurang upaya hendaklah membayar caj tempat letak kereta sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan caj tempat letak kereta.
(2)
Datuk Bandar boleh mengecualikan mana-mana orang kurang upaya daripada tanggungan untuk membayar kesemua atau sebahagian daripada caj tempat letak kereta yang kena dibayar di bawah Perintah ini.