Skip to content

Seksyen 6

Pengalihan dan penahanan kenderaan motor oleh Datuk Bandar

of Perintah Pengangkutan Jalan (Perizaban Jalan Sebagai Tempat Letak Kereta bagi Kenderaan Orang Kurang Upaya) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2017

P.U. (A)In forceProvision 6 of 7
Seksyen 6

(1)

Datuk Bandar boleh mengalihkan mana-mana kenderaan motor yang diletakkan dalam tempat letak kereta bagi kenderaan orang kurang upaya yang melanggar mana-mana peruntukan Perintah ini.

(2)

Mana-mana kenderaan motor yang dialihkan oleh Datuk Bandar di bawah

Perintah ini boleh ditahan di mana-mana tempat yang sesuai dan ditinggalkan di situ atas risiko pemunya kenderaan motor itu.

4

(3)

Mana-mana kenderaan motor yang dialihkan menurut subperenggan (1)

hendaklah ditahan sehingga fi pengalihan dan penahanan sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana kaedah bagi pengalihan dan penahanan yang dibuat di bawah

Akta dibayar.

(4)

Walau apa pun peruntukan subperenggan (3), mana-mana kenderaan motor yang ditahan menurut subperenggan (2) adalah tertakluk kepada peruntukan subseksyen 64(4) dan (5) Akta.

(5)

Datuk Bandar tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan kepada kenderaan motor atau kehilangan barang-barang di dalamnya dan tidak bertanggungan untuk membayar ganti rugi kepada pemunya kenderaan motor semasa kenderaan motor itu atau barang-barangnya dialihkan dan semasa kenderaan motor itu atau barang-barangnya berada dalam jagaan Datuk Bandar.