Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN KACA KESELAMATAN BAGI KENDERAAN MOTOR) 2017
Seksyen 4
Kaca keselamatan bagi kenderaan motor yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan bagi kategori kenderaan motor yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah—
(a)
mematuhi—
(i)
Standard Malaysia MS 595 atau peraturan 43 Suruhanjaya Ekonomi
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah; dan
(ii)
kehendak spesifikasi di bawah kaedah 22 Kaedah-Kaedah Kenderaan
Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 [L.N. 170/1959]; dan
(b)
mempunyai tanda yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Kedua mengikut standard yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua, mengikut mana-mana yang berkenaan.