Skip to content

Seksyen 4

Penandaan kaca keselamatan bagi kenderaan motor

of Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kaca Keselamatan bagi Kenderaan Motor) 2017

P.U. (A)In forceProvision 4 of 4
Seksyen 4

Kaca keselamatan bagi kenderaan motor yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan bagi kategori kenderaan motor yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah—

(a)

mematuhi—

(i)

Standard Malaysia MS 595 atau peraturan 43 Suruhanjaya Ekonomi

Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah; dan

(ii)

kehendak spesifikasi di bawah kaedah 22 Kaedah-Kaedah Kenderaan

Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 [L.N. 170/1959]; dan

(b)

mempunyai tanda yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Kedua mengikut standard yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua, mengikut mana-mana yang berkenaan.