Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“bank asing yang diperbadankan di Malaysia” ertinya bank berlesen—
(a)
yang merupakan subsidiari kepada syarikat asing; atau
(b)
yang mana satu atau lebih orang asing memiliki, secara agregat, lebih daripada separuh hak mengundi atau modal syer terbitan dalam bank berlesen itu;
“penanggung insurans semula profesional am berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10
Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula am semata-mata;
P.U. (A) 199 3
“penanggung insurans semula professional asing berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di luar Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata;
“penanggung insurans semula profesional hayat berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula hayat semata-mata.
Dana modal minimum