Skip to content

Seksyen 3

Dalam Perintah ini—

of Perintah Perkhidmatan Kewangan (Amaun Minimum Dana Modal atau Lebihan Aset Berbanding Liabiliti) (Orang Berlesen) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 5
Seksyen 3

“bank asing yang diperbadankan di Malaysia” ertinya bank berlesen—

(a)

yang merupakan subsidiari kepada syarikat asing; atau

(b)

yang mana satu atau lebih orang asing memiliki, secara agregat, lebih daripada separuh hak mengundi atau modal syer terbitan dalam bank berlesen itu;

“penanggung insurans semula profesional am berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10

Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula am semata-mata;

P.U. (A) 199 3

“penanggung insurans semula professional asing berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di luar Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata;

“penanggung insurans semula profesional hayat berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula hayat semata-mata.