Skip to content
Back to the text

Perintah Perkhidmatan Kewangan (Amaun Minimum Dana Modal atau Lebihan Aset Berbanding Liabiliti) (Orang Berlesen) (Pindaan) 2024 · s 2

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 2Pindaan perenggan 3

Perintah Perkhidmatan Kewangan (Amaun Minimum Dana Modal atau Lebihan

Aset Berbanding Liabiliti) (Orang Berlesen) 2013 [P.U. (A) 199/2013], yang disebut

“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 3—

(a)

dengan menggantikan takrif “fasa asas” dengan takrif yang berikut:

‘ “fasa asas”—

(a)

berhubung dengan suatu bank digital berlesen, ertinya suatu tempoh minimum tiga tahun hingga maksimum lima tahun mulai tarikh bank digital berlesen itu memulakan perniagaan perbankannya, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau

(b)

berhubung dengan suatu penanggung insurans digital berlesen, ertinya suatu tempoh minimum tiga tahun hingga maksimum tujuh tahun mulai tarikh penanggung insurans digital berlesen itu

P.U. (A) 471 3

memulakan perniagaan insuransnya, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;’; dan

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “fasa asas” takrif yang berikut:

‘ “penanggung insurans digital berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan perniagaan insurans, sepenuhnya atau hampir sepenuhnya, melalui cara digital atau elektronik;’.