Perintah Perkhidmatan Kewangan (Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar) (Pindaan) 2024 · As enacted
2. Pindaan Jadual 1
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perintah Perkhidmatan Kewangan (Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar) 2013 [P.U. (A) 206/2013], yang disebut
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam Jadual 1—
dalam Bahagian 1, dengan menggantikan butiran 1 dengan butiran yang berikut:
“1.
Pemohon ialah suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777].”; dan
dalam Bahagian 2—
dengan menggantikan subbutiran 3(a) dengan subbutiran yang berikut:
“(a)
salinan butir-butir yang dikemukakan bagi pengumpukan syer atau apa-apa perubahan yang dibuat kepada butir-butir yang dikemukakan di bawah seksyen 78 Akta Syarikat 2016;”; dan
P.U. (A) 468 3
dengan menggantikan subbutiran 5(d) dengan subbutiran yang berikut:
“(d)
nama dan alamat pemegang syer substansialnya, dalam pengertian seksyen 136 Akta Syarikat 2016, dan perbadanan yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2
Akta Syarikat 2016;”.