In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Perintah Perkhidmatan Kewangan (Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar) (Pindaan) 2024 · As enacted · Bahagian 1
Perintah Perkhidmatan Kewangan (Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar) (Pindaan) 2024 · As enacted · Bahagian 1
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengarah atau mana-mana orang yang berkenaan dengan pengendalian atau pengurusan syarikat—
tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan perniagaan yang memperdaya, menindas atau tidak wajar (sama ada menyalahi undang-undang atau tidak), atau yang selainnya mencerminkan kesangsian terhadap pelakuan profesionalnya;
tidak pernah melanggar mana-mana kehendak, standard atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan, badan professional, Kerajaan atau agensinya;
tidak pernah terlibat dalam pengurusan atau pengendalian suatu syarikat yang lesen, kelulusan atau pendaftarannya telah dibatalkan atau telah pun enggan diberikan lesen, kelulusan atau pendaftaran oleh Bank;
bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan
tidak mempunyai pembayaran yang digantung atau tidak membuat penyelesaian dengan pemiutangnya di dalam atau di luar Malaysia.
Part